Skip to main content

Berita Tempatan

"Kami Mungkin Tak Perfect, Tapi Kami Serius Bab ..." - Reen Rahim

reen

Sekilas

  • Reen Rahim dan suaminya berkongsi pengalaman membangunkan perniagaan bersama walaupun hubungan mereka tidak selalu sempurna.
  • Mereka mengakui sering bergurau dan bermain-main, tetapi serius dalam menjaga tanggungjawab dan kualiti produk.
  • Perkongsian mereka mendapat reaksi positif daripada peminat yang memuji kesungguhan dan keterbukaan pasangan ini.

Pelakon dan usahawan, Reen Rahim, berkongsi coretan mengenai perjalanan perniagaan yang dibangunkan bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Reen menggambarkan realiti hubungan mereka yang tidak selalu sempurna, namun tetap teguh apabila melibatkan soal tanggungjawab dalam bisnes.

Reen mengakui dia dan suami bukan pasangan paling matang, malah hubungan mereka sering diwarnai momen spontan dan menghiburkan.

“Kadang gaduh manja, kadang gelak tak masuk akal, kadang main lebih dari buat kerja,” tulisnya berseloroh.

Namun, di sebalik perangai nakal dan sikap bermain-main itu, Reen menegaskan bahawa ada satu perkara yang tidak pernah mereka ambil sambil lewa iaitu tanggungjawab, terutama apabila melibatkan bisnes dan produk keluaran mereka sendiri.

Menurut Reen, perjalanan mereka sebagai pasangan dan rakan niaga banyak mengajar tentang proses menjadi lebih dewasa dan lebih komited.

“Ada dua orang yang belajar untuk jadi lebih dewasa… yang belajar untuk buat sesuatu dengan hati, dan yang belajar untuk buat sehabis baik setiap hari.

“Kami mungkin tak perfect, tapi kami serius bila bab usaha. Serius bila bab rezeki. Serius bila bab jaga kualiti," katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

 

Hantaran Reen ini menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat serta warganet yang memuji keterbukaan dan kesungguhan pasangan tersebut dalam membangunkan perniagaan bersama.

"Sweet couple ever😍 moga Allah murahkan rezeki uolss."

"Alhamdulillahh terbaikkk , Semoga sentiasa berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan."

"Tak pernah serius dua orang ni."

Must-Watch Video

Advertisement