Sekilas
- Bella Astillah berasa bangga melihat semangat anak lelakinya, Ayden, yang berlari dua kali semasa sukaneka di sekolah.
- Dia turut menghargai usaha Syed Saddiq yang sentiasa meluangkan masa untuk Ayden walaupun sibuk dengan jadual padat.
- Netizen turut terharu dengan momen manis antara Bella, Ayden, dan Syed Saddiq yang dikongsi di media sosial.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa bangga dengan anak lelakinya, Ayden sewaktu menyertai sukaneka di sekolahnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Bella meluahkan rasa gembira melihat Ayden semangat berlari meskipun harus melakukannya sebanyak dua kali.
“Hari ini hari sukaneka Ayden. Happy-happy selalu, okey! Ramai yang sayang Ayden. 🥹
“I’m proud of you, sayang. 🫶🏻 Yang pakai bib itu kena lari dua kali sebab tak cukup orang. Semangat bha si Ayden, dengan mummynya sekali, hehe,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Bella turut merakamkan penghargaan buat Syed Saddiq yang disifatkannya sentiasa berusaha meluangkan masa untuk Ayden meskipun mempunyai jadual yang padat.
“Terima kasih Syed Saddiq kerana sentiasa meluangkan masa untuk Ayden, tidak kira betapa sibuknya awak. Kami sangat bertuah mempunyai awak,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat momen manis antara Bella sekeluarga dan Syed Saddiq.