Skip to main content

Hiburan

“Kami Tak Berdiri Atas Nama Bapa” – Adik Hussain Jawab Dakwaan ‘Nepo Baby’ Selepas Menang Big Stage Rocketfuel

Adik Hussain, Akier Jamilul

Sekilas

  • Hussain menang Big Stage Rocketfuel dan dikritik di Threads sebagai 'nepo baby', namun adiknya Akier Jamilul menegaskan mereka berdiri atas bakat sendiri, bukan nama bapa mereka.
  • Hussain menyanyikan lagu 'Seniman Menangis' pada konsert akhir yang merupakan lagu asal bapa saudaranya, Datuk Jamal Abdillah.
  • Tempat kedua hingga keenam dimenangi oleh Adam Nazmi, Ranisha, Danny, Yad-Z, dan Danial Kifli dengan hadiah wang tunai, kontrak, dan trofi, manakala program dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva.
Advertisement

Seorang individu di Threads mendakwa kemenangan Hussain di Big Stage Rockefuel disebabkan penyanyi itu tergolong dalam kategori nepostisme atau ‘nepo baby’. 

 

Advertisement

Tidak melatah dengan hantaran tersebut, adik kepada penyanyi Hussain iaitu Akier Jamilul mengambil perkara itu secara positif. 

 

Bagaimanapun Akier menegaskan abangnya tidak pernah menggunakan nama bapa mereka iaitu penyanyi Jamilul Hayat untuk berada dalam industri seperti yang didakwa. 

Advertisement

 

“Terima kasih atas kata-kata dan penilaian awak… sebagai adik, saya tak marah dan saya menerima kata-kata itu yang diajukan kepada abang saya.

 

“Saya minta maaf tapi part ‘nepo baby’ tu saya macam terasa juga cumanya kami tak berdiri atas nama bapa kami tapi kami berdiri atas bakat kami sendiri. 

 

“Disamping serta bantuan/bimbingan bapa kami❤️ saya minta maaf ya,” tulisnya. 

 

Terdahulu, Hussain diangkat sebagai juara Big Stage Rocketfuel pada konsert akhir yang berlangsung pada Ahad lalu. 

 

Pada konsert akhir yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Hussain mendendangkan lagu Seniman Menangis dendangan asal bapa saudaranya yang juga penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

 

Tempat kedua pula menjadi milik Adam Nazmi yang menerima hadiah berupa kontrak Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM50,000, wang tunai RM20,000, sebuah single serta trofi sumbangan Astro.

 

Sementara Ranisha pula berada di kedudukan ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10,000, kontrak Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM50,000, sebuah single dan trofi sumbangan Astro.

 

Tempat keempat pula milik Danny dan Yad-Z di kedudukan kelima, masing-masing membawa pulang RM5,000 bersama trofi.

 

Danial Kifli pula berada di tempat keenam dengan menerima RM 3,000 dan trofi.

 

Big Stage Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement