Skip to main content

Hiburan

Kanak-Kanak Positif Ganja Dipercayai Termakan Gula-Gula Mengandungi Dadah Milik 'Influencer'

Astrogempak POLIS

Sekilas

  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan positif dadah selepas dipercayai termakan gula-gula mengandungi bahan terlarang milik seorang pempengaruh media sosial.
  • Gula-gula tersebut dibeli oleh suspek lelaki berusia 39 tahun yang tinggal bersama ibunya, pengasuh kanak-kanak itu, dan disimpan dalam peti sejuk di rumah tersebut.
  • Suspek kini direman bagi membantu siasatan, manakala kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat pengambilan gula-gula tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan positif dadah dipercayai termakan gula-gula mengandungi bahan terlarang itu, yang disyaki milik seorang pempengaruh media sosial.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata hasil siasatan awal mendapati gula-gula itu dibeli oleh suspek lelaki berusia 39 tahun yang tinggal bersama ibunya, yang juga pengasuh kepada mangsa.

“Suspek mendakwa membeli gula-gula itu dari negara jiran sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk di rumah ibunya.

“Bagaimanapun, tanpa disedari kanak-kanak berkenaan yang gemar memakan gula-gula telah mengambil dan memakannya sebelum mangsa didapati tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata mangsa tidak sedarkan diri walaupun telah beberapa kali dikejutkan, menyebabkan kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk rawatan.

Beliau berkata semasa serbuan yang dijalankan di rumah suspek, gula-gula yang dimaksudkan tidak ditemui.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang positif dadah jenis tetrahydrocannabinol atau ganja.

Dzulkhairi dilaporkan berkata suspek yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak berkenaan direman tujuh hari bermula 16 April sebelum disambung lima hari lagi hingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Ceramic Plate

Ceramic Plate

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement