Sekilas
- Karakter AI, Tilly Norwood, bercakap dalam bahasa Kantonis secara tiba-tiba semasa temu bual mempromosikan filem Misaligned, menyebabkan kekeliruan hos Piers Morgan dan pengarah Tom Conti.
- Norwood menjelaskan bahawa filem tersebut menggabungkan teknologi digital dengan kerja manusia, dan barisan pelakon adalah kembar digital seperti dirinya.
- Klip temu bual tersebut menjadi tular dengan 12 juta tontonan dalam sehari selepas tersebar di akaun X, menarik minat syarikat agensi untuk menggunakan karakter AI sebagai bintang.
‘Pelakon’ ciptaan kecerdasan buatan (AI), Tilly Norwood membuktikan rekaan manusia tidak pernah sempurna, apa lagi saat ia tidak ‘dibekalkan’ dengan otak untuk berfikir saat menghadapi masalah.
Norwood yang merupakan karakter digital ciptaan syarikat Particle 6 telah bercakap dalam bahasa Kantonis selepas mengalami masalah sewaktu temu bual bersama Piers Morgon.
Karakter tersebut yang hadir mempromosikan filem terkini, Misaligned sepanjang temu bual berlangsung, Norwood menggunakan bahasa Inggeris, lapor People. Insiden tersebut kemudian menjadi tular.
Sewaktu temu bual, karakter AI tersebut turut ditemani pengarahm Tom Conti. Insiden berlaku sewaktu hos terkenal itu bertanya tentang filem kepada Norwood.
“Adakah barisan pelakon lain dalam filem ini manusia sebenar atau seperti anda, karakter AI yang diletakkan dalam babak?”tanya Morgan.

Soalan tersebut dijawab Norwood dengan baik pada mulanya. Karakter itu antaranya mengatakan: “Filem saya, Misaligned adalah filem yang menggabungkan lebih daripada satu teknologi.
“Ini bermaksud pengarah, penulis dan penyunting adalah manusia. Ini juga bukan tentang menggantikan seseorang tetapi cara meneroka gaya pembuatan naskhah.”
Conti menekankan sekali lagi tentang barisan pelakon kepada karakter tersebut.
Norwood kemudian menjawab: “Okay baik anda bertanya tentang barisan pelakon filem ini. Mereka semua kembar digital seperti saya.”
Namun secara tiba-tiba, Norwood mula bercakap dalam bahasa Kantonis sekitar 15 saat. Tindakan tersebut membuat Morgan dan pengarah tersebut keliru.
Morgan spontan bertanya: “Anda tiba-tiba bercakap dalam bahasa Kantonis. Kenapa anda lakukan itu?”
Ia dijawab Norwood: “Ada masalah berlaku kepada saya. Selalunya semua berjalan lancar, tapi kesalahan boleh berlaku secara tiba-tiba.”
Klip promosi tersebut kemudian tersebar dengan pantas di akaun X dan telah ditonton sebanyak 12 juta kali dalam tempoh sehari.
Kisah Norwood pertama kali menjadi perbualan selepas pengasas Particle 6, Eline van der Velden pada September 2025, mendakwa beberapa syarikat agensi mula melahirkan hasrat dan berminat untuk menjadikan karakter AI sebagai ‘bintang’ mereka.