Skip to main content

Hiburan

“Karamjit Singh Hero Saya Sejak Kecil, Tak Ada Sebab Tolak TERBANG” – Zizan Razak

“Karamjit Singh Hero Saya Sejak Kecil, Tak Ada Sebab Tolak TERBANG” – Zizan Razak

Sekilas

  • Zizan Razak terima tawaran berlakon dalam filem TERBANG kerana kagum dengan legenda rali negara, Karamjit Singh, yang diikutinya sejak kecil.
  • Filem TERBANG mengisahkan perjalanan hidup Karamjit dan diarahkan oleh Chiu Keng Guan, yang pernah menghasilkan filem popular seperti OlaBola.
  • TERBANG akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 September, termasuk dalam format 4DX.
Advertisement

Kekaguman terhadap legenda rali negara, Karamjit Singh sejak kecil menjadi antara sebab utama pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak berfikir panjang menerima tawaran membintangi filem TERBANG.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 42, berkata, dia sudah mengikuti perjalanan Karamjit sejak kecil termasuk pernah menyaksikan sendiri kehebatan jaguh rali itu,

Advertisement

“Saya tak ada sebab untuk tolak filem ini. Karamjit Singh ialah hero saya, daripada kecil saya tengok dia.

“Daripada kecil saya tengok dia datang Terengganu, masa itu dia datang sebagai wakil Proton, saya rasa sebagai duta,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran treler dan poster rasmi filem TERBANG, baru-baru ini.

Mengimbas kembali momen tersebut, Zizan berkata, aksi Karamjit mengendalikan kereta ketika itu meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkannya turut memasang impian menjadi seorang pemandu handal.

“Dia datang, dia ‘drift’, dia ‘slide’, dia buat macam-macam. Saya macam, ‘Oh My God, tak pernah orang Terengganu buat macam ini’.

“Yalah, Terengganu kan Darul Iman, beriman dekat sana. Jadi kita terkejut, ‘Apa ini?’,” ujarnya berseloroh.

Berkongsi detik awal menerima tawaran TERBANG, pelakon Polis Evo itu mengakui pada mulanya menyangka filem tersebut mempunyai kaitan dengan penerbangan.

“Jastina (Penerbit Eksekutif) kata, ‘Zizan, kita buat filem TERBANG’. Saya cakap, ‘Biar betul? Are you sure TERBANG?’.

“Saya fikir pasal terbang, ‘fly’ kan. Dia kata, ‘Bukan Zizan, bukan pasal terbang. Ini pasal filem perlumbaan rali’,” katanya.

Selepas mengetahui konsep sebenar naskhah tersebut, Zizan terus tertarik kerana menyifatkannya sebagai sesuatu yang berbeza.

“Okey, ini sesuatu yang berbeza. Jadi saya terima. Jangan gelak, ini serius,” ujarnya.

Selain Karamjit, Zizan berkata, peluang bekerjasama dengan pengarah tersohor Chiu Keng Guan turut menguatkan lagi keputusannya untuk menerima tawaran tersebut.

“Bila Chiu datang jumpa saya, dia kata, ‘Zizan, kita ada filem untuk you’. Saya dah rasa macam, wah best!

“Kita bagi watak you sebagai ‘foreman’ (mekanik),” katanya.

Tambahnya, dia sememangnya mengagumi hasil karya Chiu termasuk filem OlaBola yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton tempatan.

“Mula-mula saya terima sebab Karamjit Singh. Seterusnya sebab Chiu, sebab saya memang kagum dengan filem-filem dia.

“Lord of the Rings, Transformers… saya cuma gurau saja. Macam OlaBola semua itu kan kita tahu meletup. Jadi saya terima cerita ini,” katanya.

Malah, selepas menyaksikan treler rasmi TERBANG, Zizan mengakui meremang melihat hasil akhir naskhah tersebut yang disifatkannya membawa industri perfileman Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Malam ini saya tengok treler dia, saya terus meremang bulu roma.

“Saya rasa inilah dia, Malaysia kita pergi ke tahap yang lain. Let’s do it guys!” katanya.

Untuk rekod, TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam arena rali di pentas dunia.

Diarahkan Chiu yang sebelum ini mencipta fenomena menerusi The Journey dan OlaBola, filem tersebut turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

Diterbitkan Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space, TERBANG mengisahkan seorang pelumba rali yang berdepan trauma akibat kemalangan sebelum kembali bangkit mengejar impiannya.

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September depan termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement