Skip to main content

Artis Antarabangsa

Katrina Kaif, Vicky Kaushal Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena Diwali

Katrina Kaif, Vicky Kaushal Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena Diwali

Sekilas

  • Katrina Kaif dan Vicky Kaushal akhirnya berkongsi wajah anak lelaki mereka, Vihaan Kaushal, buat pertama kali sempena sambutan Diwali dan ulang tahun pertama Vihaan pada 7 November.
  • Foto keluarga yang dikongsi menunjukkan Katrina dan Vicky mengenakan busana tradisional manakala Vihaan tampil comel dengan kurta-pajama dan jaket Nehru.
  • Pasangan selebriti ini sebelum ini mengumumkan kehamilan dan kelahiran anak mereka melalui media sosial dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang.
Advertisement

Pasangan selebriti Bollywood, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal selama ini cukup menjaga privasi wajah anak lelaki mereka daripada umum.

Namun, mereka akhirnya  berkongsi wajah putera sulung mereka, Vihaan Kaushal buat pertama kali sempena hari Diwali.

Advertisement

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Katrina memuat naik foto keluarga sempena sambutan perayaan Diwali yang memperlihatkan wajah comel Vihaan.

Lebih istimewa, perkongsian tersebut dibuat sehari selepas Vihaan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 7 November lalu.

Dalam foto berkenaan, Katrina kelihatan anggun mengenakan busana tradisional berwarna kuning bersulam, manakala Vicky tampil segak dalam persalinan kurta rona krim.

Advertisement

Vihaan pula mencuri perhatian apabila tampil comel mengenakan kurta-pajama berwarna krim bersama jaket Nehru bercorak kuning.

Katrina dilihat duduk di lantai sambil mendakap erat anaknya dengan senyuman penuh kasih sayang, manakala Vicky turut berada di sisi putera mereka dalam suasana penuh kebahagiaan.

Menerusi kapsyen yang mengiringi foto tersebut, Katrina menyifatkan sambutan Diwali tahun ini sebagai paling bermakna buat keluarga kecil mereka.

"Diwali paling bercahaya buat kami setakat ini. Semoga semua orang dikurniakan kasih sayang, cahaya dan kebahagiaan," tulisnya.

Untuk rekod, Katrina dan Vicky menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 7 November 2025.

Pasangan itu mengumumkan berita gembira berkenaan menerusi satu hantaran bersama di media sosial dengan meluahkan rasa syukur atas kehadiran bayi lelaki dalam kehidupan mereka.

"Kurniaan kebahagiaan kami akhirnya tiba. Dengan penuh kasih sayang dan rasa syukur, kami mengalu-alukan kehadiran bayi lelaki kami," tulis mereka.

Sebelum itu, pasangan berkenaan mengumumkan berita kehamilan Katrina pada September 2025 menerusi sekeping foto berkonsepkan Polaroid yang memperlihatkan Vicky memegang perut isterinya.

"Perjalanan kami untuk memulakan babak paling indah dalam kehidupan ini bermula dengan hati yang dipenuhi kegembiraan dan rasa syukur," kongsi mereka seperti dilaporkan Hindustan Times.

Pada Januari 2026, pasangan itu akhirnya mendedahkan nama putera mereka menerusi satu foto yang memperlihatkan tangan kecil Vihaan berada di antara genggaman tangan kedua-dua ibu bapanya.

Menerusi hantaran tersebut, mereka memperkenalkan anak sulung mereka sebagai Vihaan Kaushal.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement