Skip to main content

Hollywood

Katy Perry & Mantan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau Bercium Di Atas Kapal Layar

katy_justin

Hanya selepas lima bulan berpisah dengan pasangannya, Orlando Bloom, Katy Perry tertangkap berpeluk dan bercium bersama figura yang bukan calang-calang.

Penyanyi itu tertangkap kamera paparazi sedang bermesra dengan mantan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. Aksi romantis itu terjadi di atas kapal layar di Santa Barbara, California, hujung minggu lalu, lapor Daily Mail.

Advertisement

Perry dilihat memakai bikini sementara Trudeau tidak memakai baju sewaktu aksi mesra mereka dirakamkan.

Insiden mesra itu seperti mengesahkan gosip yang pernah tersebar sebelum ini. Perry, 40, sebelum ini sempat digosip mempunyai hubungan mesra dengan Trudeau, 53, selepas dilihat menghabiskan masa dan makan malam bersama.

Trudeau juga pernah dilihat duduk di barisan hadapan konsert Perry pada 30 Julai lalu. Sejak itu mereka dikatakan menjalin hubungan namun menjalaninya secara privasi.

Terdahulu Perry mengakhiri hubungan enam tahun bersama Bloom. Trudeau pula sudah bergelar duda tiga anak sejak bercerai dengan isterinya pada 2023.

Must-Watch Video

Advertisement