Skip to main content

Hiburan

“Kau Boleh Burukkan Negara Aku? Bukannya Salahkan Negara Yang Buang Kau Tu!” - Kamal Adli

Kamal Adli

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli mengecam aktivis Rohingya, Noor Azizah, yang dianggapnya 'kacang lupakan kulit' selepas Azizah memuat naik video menyeru solidariti memakai baju hitam.
  • Kamal menegaskan Malaysia sudah banyak membantu komuniti Rohingya dengan menyediakan tempat perlindungan dan bantuan makanan, serta mengecam Azizah yang memburukkan negara dalam ucapannya.
  • Netizen ramai bersetuju dengan pandangan Kamal, menyatakan kenyataan Azizah telah mengguris hati rakyat Malaysia walaupun Azizah sendiri pernah menetap lama di Malaysia.

Pelakon, Kamal Adli menyifatkan seorang aktivis Rohingya, Noor Azizah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ selepas wanita itu memuat naik video ucapannya menyeru orang ramai memakai baju hitam sebagai tanda solidariti terhadap komuniti Rohingya di seluruh dunia.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli ini berpendapat Malaysia sudah berusaha sedaya upaya untuk membantu etnik tersebut dengan menyediakan tempat perlindungan dan bantuan makanan.

Justeru, pelakon drama Dia Imamku ini dengan tegasnya mengecam tindakan Azizah yang dilihat telah memburukkan Malaysia dalam salah satu ucapan ketika menerima penghargaan baru-baru ini.

“Kita ni bantu orang-orang dia bila tengah susah dibuang negara sendiri. Sambut baik-baik bagi tempat perlindungan, makanan, sampai ada niat nak tanah bagai.

“Tiba-tiba salah satu diangkat dapat award apa tah, kau boleh buat open speech burukkan negara aku yang tolong orang-orang kau dengan ikhlas? Bukan salahkan negara yang buang kau tu!” tulis Kamal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju terhadap hantaran yang dibuat Kamal.

Ujar mereka, kenyataan Azizah itu sedikit sebanyak telah mengguriskan hati rakyat Malaysia.

Terdahulu, Noor Azizah meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran kata-kata kebencian dan maklumat tidak tepat mengenai komuniti Rohingya.

Dia yang pernah menetap di Malaysia selama lapan tahun setengah turut mendakwa pengalaman hidupnya di Malaysia sebelum ini banyak bergantung kepada usaha sendiri serta bantuan masyarakat setempat, bukannya keistimewaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement