Skip to main content

Rancangan Realiti

KBS & Astro Lancar Jaguh Rakan Muda! Serlahkan Semangat Belia Malaysia

KBS & Astro Lancar Jaguh Rakan Muda! Serlahkan Semangat Belia Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia

bersama peneraju hiburan dan kandungan di Malaysia, Astro telah melancarkan sebuah rancangan realiti baharu iaitu Jaguh Rakan Muda.

Advertisement

Program realiti berkonsepkan pertandingan ini bertujuan untuk mencetus inspirasi kepada generasi baharu agar berani menyahut cabaran, menonjolkan daya ketahanan, semangat berpasukan dan keazaman mereka melalui siri ujian fizikal serta mental yang menguji keupayaan diri hingga ke tahap maksimum.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada usaha membentuk generasi belia Malaysia yang yakin, berdaya saing dan bersedia untuk memimpin.

“Matlamat kami adalah untuk membina komuniti belia yang dinamik dan berdaya tahan, yang mampu menyumbang secara bermakna kepada pembangunan serta perpaduan negara.

“Jaguh Rakan Muda merupakan salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi ini dengan menyediakan peluang kepada golongan muda untuk mencabar diri, memperkukuh kepimpinan, dan memupuk semangat berpasukan menerusi 10 Gaya Hidup Rakan Muda.

“Kami amat menghargai sokongan Astro dalam memperluaskan usaha ini melalui kandungan berimpak tinggi yang menonjolkan kekuatan, kreativiti dan potensi belia Malaysia.

“Bersama-sama, kita berhasrat untuk melahirkan pemimpin masa depan yang akan memacu perkembangan negara,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kandungan, Astro, Agnes Rozario berkata, matlamat Astro adalah untuk menghasilkan kandungan yang berkait rapat dengan citarasa rakyat Malaysia.

“Kami komited dalam menghasilkan kandungan asli serta berkualiti tinggi yang mampu mencetuskan tindakan positif dalam pelbagai komuniti.

“Jaguh Rakan Muda adalah contoh terbaik untuk itu kerana ia sebuah rancangan yang memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menguji keupayaan diri.

“Selain itu dapat menginspirasi orang lain melalui kisah sebenar yang sarat dengan semangat dan emosi dalam format hiburan yang menarik.

“Kerjasama kami dengan Kementerian Belia dan Sukan mengukuhkan lagi peranan Astro dalam menyokong inisiatif nasional yang memperkasa generasi masa depan, dan kami akan terus berusaha menghasilkan kandungan yang membawa impak yang tinggi kepada semua,” jelasnya.

Secara asasnya, Jaguh Rakan Muda merupakan sebuah platform untuk belia Malaysia mencabar diri sendiri, berkembang, dan mencungkil potensi mereka melalui 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga, dan Rakan Prihatin.

Siri ini mencerminkan komitmen Astro terhadap penghasilan rancangan tempatan yang meraikan semangat belia denganmenampilkan peserta yang mempamerkan sifat keberanian, semangat berpasukan dan keazaman untuk memberi inspirasi serta menyatukan rakyat Malaysia.

Jaguh Rakan Muda menampilkan personaliti televisyen dan atlet iaitu Mat Redho, sebagai pengacara manakala serta atlet kebangsaan, Goh Liu Ying sebagai pengulas dan pelakon, Ain Edruce.

Sepanjang siri ini, beberapa pengulas jemputan akan turut ditampilkan, termasuk Intan Serah, Bang Med, Que Haidar, dan Denes Kumar.

Masing-masing akan membawakan pandangan unik mereka terhadap perjalanan pertandingan.

Jaguh Rakan Muda akan mula bersiaran pada 10 November 2025, setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro Ria (CH 104), 9.30 malam di Astro AEC (CH 306) dan 11.30 malam di Astro Vinmeen (CH 202).

Keseluruhan siri ini juga boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Untuk info, para peserta dipilih melalui sesi uji bakat yang diadakan di seluruh negara merangkumi lima zon Utara (Pulau Pinang), Tengah (Kuala Lumpur), Pantai Timur (Terengganu) serta Sabah dan Sarawak, Jaguh Rakan Muda menghimpunkan belia Malaysia berusia antara 13 hingga 30 tahun daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, jurulatih kecergasan, peserta ratu cantik, pencipta kandungan, atlet kelainan upaya, dan golongan profesional muda.

Para peserta akan menghadapi pelbagai cabaran fizikal dan mental yang menguji ketahanan diri,kepimpinan, serta kekuatan emosi.

Sebagai sebuah program realiti peringkat nasional, Jaguh Rakan Muda bertujuan untuk menonjolkan belia Malaysia dan memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah keberanian dan semangat berpasukan.

Pasukan pemenang akan dinobatkan sebagai Jaguh Rakan Muda dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM100,000.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. 

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03-9543 38

Shoe

Diskaun 60% dan ke atas untuk 11.11! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement