Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: Ada Slip Disc Sejak Enam Tahun Lalu, Ahmad Tamimi Siregar Mahu Terus Aktif Selagi Mampu - “Jangan Manjakan…”

KE Selebriti 2026: Ada Slip Disc Sejak Enam Tahun Lalu, Ahmad Tamimi Siregar Mahu Terus Aktif Selagi Mampu - “Jangan Manjakan…”

Sekilas

  • Datuk Ahmad Tamimi Siregar sudah enam tahun menghadapi masalah slip disc yang menyebabkan kakinya mudah kebas jika berdiri lama.
  • Dia sedang menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan skop di Pusat Perubatan Universiti Malaya awal tahun depan.
  • Walaupun masalah kesihatan mengganggu persembahan, Tamimi tetap aktif dan tidak mahu membiarkan sakit menghalang aktiviti hariannya.
Advertisement

Di sebalik persembahan bertenaga dan lincah di pentas Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026), Datuk Ahmad Tamimi Siregar sebenarnya sudah enam tahun berdepan masalah slip disc yang menyebabkan kakinya mudah kebas jika berdiri terlalu lama.

Menurut Tamimi, keadaan fizikalnya kini tidak lagi sekuat dahulu sehingga terpaksa menyediakan kerusi berhampiran pentas untuk berehat sekiranya terlalu lama berdiri.

“Apabila menari ini berbeza dengan bermain di atas pentas, tambah pula usia. Kalau nak terkinja-kinja sangat, buruk pula rupanya. Nanti netizen sedap hentam kita.

“Sebenarnya fizikal kita pun bukan sekuat dulu. Saya ada masalah slip disc, sebab itu saya sediakan kerusi di hadapan pentas kerana saya perlu duduk.

“Kalau terlalu lama berdiri, kaki saya akan kebas. Jadi saya kena duduk sekejap sebelum boleh berjalan semula,” katanya.

Tamimi berkata, dia kini sedang menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan berharap prosedur tersebut dapat dilakukan pada awal tahun depan.

“Saya sedang menunggu untuk menjalani pembedahan secara skop kerana tidak mahu luka terbuka. PPUM sudah ada kemudahan itu, cuma tunggu masa sesuai.

“Kalau boleh jangan hujung tahun ini. Biarlah awal tahun depan sebab jadual saya penuh sehingga Disember,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia mendapatkan nasihat doktor sebelum menyertai KES2026, Tamimi berkata, dia sedar tindakannya untuk terus aktif mempunyai risiko tersendiri.

“Memang kena degil dan risiko tanggung sendiri. Doktor cuma pesan jangan sampai rebah dan jangan sampai terpaksa menggunakan kerusi roda,” katanya.

Tambahnya, masalah tersebut sememangnya mengganggu persembahan namun dia enggan terlalu memanjakan rasa sakit sehingga membataskan aktiviti harian.

“Memang mengganggu, tetapi kita kena hadapinya. Sakit itu semua orang ada, cuma bagaimana kita menangani dan merawatnya.

“Kalau terlalu dimanjakan, kita tidak boleh buat apa-apa. Jadi jangan kita manjakan,” katanya.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap, manakala Naqiu tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football PREDATOR GOALKEEPER GLOVE MATCH FINGERSAVE Unisex Blue KA7785

adidas Football PREDATOR GOALKEEPER GLOVE MATCH FINGERSAVE Unisex Blue KA7785

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Youth Jersey Unisex Red JZ5757

adidas Football Spain 26 Home Youth Jersey Unisex Red JZ5757

adidas Football Team Icon 25 Jersey Men Grey JN6985

adidas Football Team Icon 25 Jersey Men Grey JN6985

Must Watch Video

Advertisement