Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026: “Harap Awak Diberi Offer Buat Orkestra, Saya Akan…” - Ramli MS Puji Persembahan A. Tamimi Siregar

KE Selebriti 2026: “Harap Awak Diberi Offer Buat Orkestra, Saya Akan…” - Ramli MS Puji Persembahan A. Tamimi Siregar

Sekilas

  • Datuk Tamimi Siregar mendapat pujian daripada juri jemputan Datuk Ramli MS selepas persembahan pertama di konsert akhir Kilauan Emas Selebriti 2026.
  • Ramli menyatakan Tamimi layak mengadakan konsert orkestra dan berjanji akan membeli tiket jika peluang itu diberikan.
  • Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di Astro Prima setiap Sabtu pukul 9 malam.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES), Datuk Tamimi Siregar menerima pujian daripada juri jemputan, Datuk Ramli MS usai melakukan persembahan pertama pada konsert akhir sebentar tadi.

Ujar Ramli, Tamimi tidak berhak dikritik sebaliknya berhak mengadakan sebuah konsert orkestra.

Advertisement

Tambah Ramli, sekiranya diberi peluang, dia mahu menjadi salah seorang yang akan membeli tiket bagi konsert berkenaan.

“Pada saya awak tak berhak untuk dikomen tetapi awak layak untuk melakukan persembahan orkestra.

“Saya harap orkestra di mana mana beri tawaran untuk awak buat persembahan sebab saya akan beli tiket itu nanti,” komen Ramli.

Advertisement

Dalam pada itu, Ramli turut menitipkan pesan kepada Tamimi agar tidak teruskan kerjaya sebagai nyanyian.

“Apa yang saya nak katakan ialah jangan berhenti menyanyi,” tambah Ramli.

Untuk persembahan pertama tadi, Tamimi mendendangkan lagu Doa nyanyian asal kumpulan Harmoni.

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.

Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement