Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026: “Kalau Nak Kecam, Ada Aku Kisah?” – Rahim Omar Berdebar Jadi Peserta, Sedia Terima Kritikan

KE Selebriti 2026: “Kalau Nak Kecam, Ada Aku Kisah?” – Rahim Omar Berdebar Jadi Peserta,  Sedia Terima Kritikan

Sekilas

  • Pelakon veteran Rahim Omar terkejut apabila terpilih menyertai Kilauan Emas Selebriti 2026 walaupun tiada pengalaman sebagai penyanyi profesional.
  • Rahim hanya menyanyi secara suka-suka dan lebih meminati bidang lakonan, namun sudah bersedia menerima kritikan sepanjang pertandingan.
  • Program KE Selebriti 2026 menampilkan selebriti veteran bukan penyanyi profesional dan akan disiarkan secara langsung di Astro Prima mulai 22 Ogos ini.
Advertisement

Pelakon veteran Rahim Omar mengakui terkejut apabila terpilih sebagai salah seorang bintang bagi program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KE Selebriti 2026) memandangkan tidak mempunyai pengalaman sebagai penyanyi profesional.

Menurut Rahim, penyertaannya dalam program tersebut merupakan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kerana selama ini lebih dikenali dalam bidang lakonan.

“Perasaan terharu ada, terkejut ada, rasa seram pun ada sebab tak menyangka.

“Tak pernah terlintas atau terfikir pun tiba-tiba dapat terpilih dalam Kilauan Emas ini.

“Pengalaman saya selama ini berlakon sahaja. Nyanyi pun suka-suka. Tapi ini satu konsert besar, memang saya tak tahu nak cakap macam mana. Berdebar,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman dalam bidang nyanyian, Rahim berkata, dia hanya menyanyi untuk mengisi masa lapang termasuk berkaraoke bersama rakan-rakan.

Malah, dia tidak pernah meletakkan impian untuk bergelar penyanyi kerana minatnya lebih terarah kepada dunia lakonan.

“Pengalaman menyanyi hanya suka-suka. Pergi karaoke dengan kawan-kawan untuk berseronok.

“Tak pernah serius nak jadi penyanyi sebab saya memang lebih meminati lakonan.

“Menyanyi ini sekadar mengisi masa lapang dan berseronok dengan kawan-kawan. Bertanding secara serius memang tak pernah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah bersedia berdepan sebarang kritikan atau kecaman sepanjang menyertai pertandingan tersebut.

Baginya, bukan semua orang akan menyukai persembahannya dan perkara itu perlu diterima sebagai sesuatu yang normal.

“Saya buat sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang. Program ini pun ada tujuan kebajikan dan kita berseronok.

“Kita tak boleh jangka semua orang akan suka kita. Bagi saya, saya akan buat yang terbaik dan tunaikan tanggungjawab untuk membuat persembahan.

“Selepas itu terpulang kepada penonton sama ada suka atau tidak.

“Kalau saya nyanyi sumbang ke ‘mambang’ ke, bagi saya, saya bukan penyanyi.

“Saya hanya pelakon. Saya ‘berlakon’ sebagai penyanyi.

“Jadi kalau orang nak kecam, bagi saya tiada masalah. Saya dah bersedia. Bak kata orang, ‘ada aku kisah?’,” selorohnya.

KE Selebriti 2026 menghimpunkan barisan selebriti veteran bukan penyanyi profesional untuk mencabar kemampuan mereka dalam bidang nyanyian.

Program tersebut bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama tujuh minggu bermula 22 Ogos ini, setiap Sabtu pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement