Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: Keanu Azman Mahu Kekal Serba Boleh, Tak Mahu Hadkan Kerjaya Pada Satu Bidang - “Saya Boleh Buat…”

KE Selebriti 2026: Keanu Azman Mahu Kekal Serba Boleh, Tak Mahu Hadkan Kerjaya Pada Satu Bidang - “Saya Boleh Buat…”

Sekilas

  • Keanu Azman tidak melihat dirinya perlu memilih antara dunia hiburan dan korporat kerana dia aktif mengendalikan kedua-dua bidang tersebut.
  • Keanu sering menerima tawaran mengacara acara korporat dari syarikat besar seperti Petronas, Shell, dan Nescafe, selain terus aktif dalam hiburan.
  • Program Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan oleh Keanu Azman dan Raja Azura, bersiaran setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Prima.
Advertisement

Pengacara Keanu Azman tidak melihat dirinya perlu memilih antara dunia hiburan dan korporat meskipun ada netizen berpendapat dia lebih sesuai mengendalikan kandungan berkaitan perniagaan atau ekonomi.

Menurut Keanu, dia membaca komen yang menyifatkannya terlalu ‘bijak’ untuk bidang hiburan dan sepatutnya lebih menumpukan kepada pengacaraan korporat.

“Ada yang kata saya sepatutnya pergi korporat atau buat bisnes. Tapi saya boleh buat kedua-duanya.

“Sebenarnya portfolio utama saya sekarang memang sebagai pengacara majlis korporat dan juga pengacara televisyen,” katanya.

Keanu berkata, sehingga kini dia masih aktif menerima tawaran mengendalikan acara korporat termasuk daripada syarikat dan jenama besar.

“Saya suka buat kerja yang mencabar intelektual. Contohnya syarikat minyak dan gas, saya pernah buat untuk Petronas, Shell, Nescafe dan banyak jenama lain.

“Benda itu beri saya kepuasan, tapi pada masa sama saya suka juga buat hiburan. Tak boleh ke saya ada kedua-duanya? Apa salahnya dapat dua-dua?” ujarnya berseloroh.

Bagi Keanu, kedua-dua cabang tersebut mempunyai tarikan tersendiri dan dia tidak bercadang mengehadkan kerjayanya kepada satu bidang sahaja.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap, manakala Naqiu tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement