Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: Maria Tunku Sabri Akui Ada Rakan Industri Dengki Dengan Kemunculannya - “Kita Tak Sangka…”

KE Selebriti 2026: Maria Tunku Sabri Akui Ada Rakan Industri Dengki Dengan Kemunculannya - “Kita Tak Sangka…”

Sekilas

  • Maria Tunku Sabri akui kemungkinan ada individu dalam industri yang tidak senang dengan kemunculannya semula menerusi Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026.
  • Dia pernah mengalami situasi di mana rakan dan kenalan yang kelihatan baik di depan sebenarnya bercakap belakang dan cuba menjatuhkan reputasinya.
  • Maria memilih untuk reda dan terus fokus pada peluang yang diberikan, walaupun pernah dikecam berkaitan kontroversi lama sebagai ketua pramugari.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026), Maria Tunku Sabri tidak menolak kemungkinan ada individu terdekat termasuk dalam kalangan rakan industri yang kurang senang melihat dirinya kembali menyerlah.

Maria berkata, dia sedar kemungkinan wujud ‘gunting dalam lipatan’ apabila isu lama berkaitan dirinya kembali dibangkitkan ketika sedang menyertai program tersebut.

Advertisement

“Kebarangkalian itu ada. Kadang-kadang teman rapat kita, kita tak sangka dialah orangnya yang akan membawa isu kita ke depan sebab tak puas hati dengan kita.

“Mungkin dia tak suka kita menonjol, tak suka kita menyerlah, rasa cemburu atau iri hati. Tapi saya tak boleh buat apa, cuma boleh doakan semoga Allah berikan hidayah,” katanya.

Menurut Maria, dia juga pernah berdepan situasi sama sebelum ini apabila mendakwa ada kenalan dalam industri yang bersikap baik di hadapan namun bercakap sebaliknya di belakang.

Advertisement

“Memang ada dalam kalangan senior dan yang seangkatan dengan saya. Depan baik, belakang mengata.

“Waktu inilah mereka nak menyimbah minyak atau tabur pasir dalam periuk nasi saya. Tapi saya serahkan semuanya kepada Allah,” ujarnya.

Tambahnya, pengalaman seperti itu bukan pertama kali berlaku dalam hidupnya, malah dia pernah melihat suaminya berdepan situasi hampir sama yang didakwa melibatkan kenalan sendiri dalam industri.

“Saya pernah kena dulu, suami saya pun pernah kena ‘tabur pasir dalam periuk nasi’ oleh sahabat-sahabat saya sendiri dalam industri.

“Jadi saya tak hairan kalau hari ini ada lagi yang nak buat begitu kepada saya. Saya reda dan terima,” katanya.

Maria bagaimanapun memilih untuk meneruskan kehidupan dan menikmati peluang kembali berada dalam industri selepas diberikan ruang menerusi KES2026.

Terdahulu, Maria pernah mendedahkan dimaklumkan mengenai kewujudan satu gerakan yang didakwa mahu menghentikan penyertaannya dalam KES2026 susulan kontroversi pengalaman lamanya sebagai ketua pramugari.

Isu tersebut tercetus selepas perkongsiannya dalam podcast Borak Dalam Galley menerima pelbagai reaksi netizen termasuk dakwaan dia pernah membuli kru kabin, namun Maria menegaskan pendekatannya ketika itu adalah untuk mengajar dan mendidik, bukan membuli.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Must Watch Video

Advertisement