Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026: Masih Tiada Penyingkiran, Zila Bakarin Rampas Kedudukan Ahmad Tamimi Siregar

KE Selebriti 2026: Masih Tiada Penyingkiran, Zila Bakarin Rampas Kedudukan Ahmad Tamimi Siregar

Sekilas

  • Tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026 apabila kesemua 10 peserta diumumkan selamat meneruskan saingan.
  • Zila Bakarin berjaya merampas kedudukan pertama dan menerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week serta menyumbang RM2,000 kepada Sathiya.
  • Konsert minggu ini turut menampilkan artis jemputan Abot dan Anis Suraya, serta dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.
Advertisement

Sekali lagi, tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026 apabila kesemua 10 peserta diumumkan selamat meneruskan saingan ke minggu berikutnya, malam ini.

Keputusan tersebut diumumkan menerusi segmen Piring Lagu Berbisa (PLB).

Advertisement

Konsert kali ini menyaksikan Khaty Azian, Maria Tunku Sabri dan Rashdan Baba yang berada di kelompok terbawah.

Sementara itu, Zila Bakarin berjaya merampas kedudukan pertama daripada Datuk A. Tamimi Siregar yang sebelum ini menduduki tempat teratas selama dua minggu berturut-turut.

Zila turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week dan menyumbangkan wang tunai RM2,000 kepada pelakon serta pelawak veteran, Sathiya.

Malam persembahan turut dimeriahkan dengan kemunculan X-Factor, Abot dan Anis Suraya sebagai artis jemputan.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap, manakala Naqiu tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement