Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: Rahhim Omar Dedah Punca Suara ‘Hilang’ Di Hujung Persembahan - “Saya Tak Lupa Lirik…”

KE Selebriti 2026: Rahhim Omar Dedah Punca Suara ‘Hilang’ Di Hujung Persembahan - “Saya Tak Lupa Lirik…”

Sekilas

  • Rahhim Omar jelaskan dia terhenti menyanyi sekejap kerana tekak kering, bukan terlupa lirik semasa persembahan minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026.
  • Rahhim panik seketika tapi berjaya kawal persembahan dan mendapat reaksi positif daripada juri.
  • Minggu ketiga tiada penyingkiran, Zila Bakarin menduduki tempat pertama manakala Rahhim di kedudukan kelima.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026, Rahhim Omar menjelaskan insiden dia terhenti menyanyi beberapa saat ketika persembahan minggu ketiga, semalam.

Rahhim yang menyampaikan lagu Terharu nyanyian asal Sweet Charity berkata, bukan disebabkan terlupa lirik namun tekaknya tiba-tiba menjadi kering sehingga menyebabkan suara tidak dapat dikeluarkan pada bahagian akhir lagu.

“Tiba-tiba tekak kering. Saya bukan lupa lirik sebenarnya, tetapi suara itu tak keluar.

“Masa latihan semuanya okey. Bila menyanyi sambil bergerak, tiba-tiba tekak kering dan suara tak keluar dekat bahagian akhir,” katanya.

Mengakui sempat panik dengan situasi tersebut, Rahhim bagaimanapun bersyukur dapat kembali mengawal persembahan selepas beberapa ketika.

“Panik juga. Tiba-tiba suara tak keluar, saya fikir apa yang jadi.

“Lepas itu dapat ‘cover’ semula. Alhamdulillah, nasib baik juri pun ‘happy’,” ujarnya.

Terdahulu, keputusan minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti 2026 menyaksikan tiada penyingkiran lagi dilakukan dan kesemua 10 peserta terselamat untuk meneruskan saingan.

Rahhim berada di kedudukan kelima manakala Zila Bakarin mengungguli tempat pertama, memintas Datuk A. Tamimi Siregar yang menduduki tangga teratas selama dua minggu berturut-turut.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap, manakala Naqiu tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Bedroom / Bedhead / Studying / Desk Lamp with a Floral Design for Creating Atmosphere / Rural Style / Warm / Romantic 花朵台灯-035

Bedroom / Bedhead / Studying / Desk Lamp with a Floral Design for Creating Atmosphere / Rural Style / Warm / Romantic 花朵台灯-035

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement