Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026 Recap: Jalaluddin Hassan Juara, Ramli MS ‘Suggest’ Tarmimi Siregar Buat Orkestra… Semak Markah Penuh Konsert Akhir

KE Selebriti 2026 Recap: Jalaluddin Hassan Juara, Ramli MS ‘Suggest’ Tarmimi Siregar Buat Orkestra… Semak Markah Penuh Konsert Akhir

Sekilas

  • Datuk Jalaluddin Hassan diumumkan juara Kilauan Emas Selebriti 2026 selepas tujuh minggu bersiaran dengan persembahan lagu Bollywood dan My Way.
  • Naib juara dimenangi Datuk Tamimi Siregar manakala Zila Bakarin menduduki tempat ketiga, diikuti Fazlina Ahmad Daud, Amyza Aznan dan Rahhim Omar.
  • Program ini diadili oleh panel profesional dan undian penonton, disiarkan secara langsung setiap Sabtu di Astro Prima dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Advertisement

Selepas tujuh minggu bersiaran, akhirnya program Kilauan Emas Selebriti melabuhkan tirai dengan pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan diumumkan sebagai juara.

Untuk konsert akhir ini, Jalaluddin menyampaikan lagu Bollywood yang berjudul Humko Hamise Chura Lo berduet bersama Nadia Fharshah.

Advertisement

Bagi persembahan kedua pula, Jalaluddin mempersembahkan lagu berjudul My Way nyanyian asal Frank Sinatra.

Untuk kemenangan itu, Jalaluddin menerima sebuah trofi sumbangan Astro, single daripada Rocketfuel Entertainment, emas edisi khas tajaan Jus Arabic Gold, hamper tajaan Jus Arabic Gold bernilai RM800, serta tajaan pakej penginapan tiga hari dua malam di Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang.

Bukan itu sahaja, Jalaluddin juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week dan menyerahkan wang sumbangan sebanyak RM2,000 kepada penyampai radio dan pelawak, Salih Yaacob.

Advertisement

Naib juara pula menjadi milik Datuk Tamimi Siregar manakala tempat ketiga milik Zila Bakarin.

Sementara itu, Fazlina Ahmad Daud pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Amyza Aznan tempat kelima sementara Rahhim Omar di tempat keenam.

Berikut komen barisan juri terhadap persembahan peserta pada minggu akhir KES2026:

Persembahan Pertama: Rahhim Omar - Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Jihan Muse: Malam ini merupakan persembahan uncle yang paling baik sepanjang tujuh minggu, tak ada langsung yang ‘terpeleot’. Sebagai ibu, saya rasa, faham dan membuatkan hati saya sangat tersentuh. Tahniah.

Persembahan Kedua: Rahim Omar Duet Bersama Thalita - Sandarkan Pada Kenangan

Datuk Yusry: Satu pujian yang saya nak berikan ialah abang sering nyanyi lagu-lagu yang bukan makanan abang. Tahniah dan kalau abang buat konsert tak apa, saya akan beli.

Rahhim Omar: Uncle kena tahu yang uncle sedap menyanyi. Tone suara semua dah ada tapi tinggal polish sikit saja. Cubalah rakam satu lagi kan mana tahu boleh ‘pergi’.

Persembahan Pertama: Fazlina Ahmad Daud Duet Bersama Datin Ezlyyn - Hi Hi Bye Bye

Datuk Yusry: Masa mula-mula pertandingan awak rasa boleh masuk minggu akhir? Sebenarnya program sebegini perlukan peserta macam awak sebab pemilihan lagu yang lain dari yang lain jadi tahniah.

Azmi Saat: Saya lagi suka kalau akak tambah sedikit ‘gedik’ dalam nyanyian sebab macam garang nyanyian akak. Tapi apa-apa pun okay.

Persembahan Kedua: Fazlina Ahmad Daud - Srikandi Cintaku

Jihan Muse: Saya suka dengan akak sebab walaupun hampir tersingkir tapi akak tetap berusaha dan teruskan hingga ke pentas akhir. Terima kasih saya ucapkan sebab akak perjuangkan semuanya hingga ke pentas akhir. Tahniah akak.

Persembahan Pertama: Zila Bakarin - Setelah Aku Kau Miliki

Jihan Muse: Dahsyatlah persembahan akak, saya terpana. Satu persembahan yang sangat bagus dan saya sangat kagum. Akak seorang yang dont care dan sangat fokus. Bila fokus, akak dapat berikan persembahan yang sangat bagus.

Persembahan Kedua: Zila Bakarin Duet Bersama Naqiu - Kembara Kita

Datuk Yusry: Awak buat saya confused. Awak penyanyi ke pelakon sebenarnya ini? Vokal dinamik awak sangat bagus sebab awak boleh buat lembut dan rock kapak. Awak berjaya juga buat lagu itu sedap didengar, tahniah.

Azmi Saat: Akak memang rocklah. Saya tak sangka akak boleh nyanyi pitch yang tinggi. Akak memang boleh dan hebat menyanyi, tahniah.

Persembahan Pertama: Amyza Aznan Duet Bersama Ameerais  - Ombak Rindu

Datuk Yusry: Tone suara awak sangat tebal tapi pada malam ini, awak sepatutnya menyanyi sama rata dengan Ameerais. Tapi apa-apa pun tahniah sebab awak dah berjaya ke pentas akhir.

Azmi Saat: Pitching akak hari ini okay kalau nak dibandingkan dari minggu sebelum ini cuma saya harap akak memperbaiki pernafasan. Jangan potong ayat masa menyanyi tapi yang lain okay.

Persembahan Kedua: Amyza Aznan - Cinta Sejati

Jihan Muse: Mungkin ada sedikit distraction di bahagian hujung tetapi pada saya akak dah buat yang terbaik. Saya harap akak terus kuat kerana kita perlu juga meneruskan kehidupan. Tahniah untuk akak.

Persembahan Pertama: Datuk Tamimi Siregar - Doa

Jihan Muse: Saya tak ada apa nak komen sebab pada saya persembahan Datuk sempurna malam ini. Menyanyi di atas pentas bukanlah satu kebiasaan tapi semua peserta berjaya lakukan. Saya harap agar program ini akan diteruskan lagi tahun depan.

Datuk Ramli MS: Pada saya awak tak layak untuk dikomen tetapi awak layak untuk melakukan persembahan orkestra. Apa yang saya nak katakan ialah jangan berhenti menyanyi. Saya harap orkestra di mana mana beri tawaran untuk awak buat persembahan sebab saya akan beli tiket itu nanti.

Persembahan Kedua: Datuk Tamimi Siregar Duet Bersama Orked Farhan - Ikatan Asmara

Datuk Yusry: Kekuatan Datuk ialah apabila Datuk menyanyi, Datuk berjaya buat kami semua yang mendengar ‘moving’.  Tahniah Datuk.

Persembahan Pertama: Datuk Jalaluddin Hassan Duet Bersama Nadia Fharshah  - Humko Hamise Chura Lo

Datuk Ramli MS: Mana adil pakai minus one. Cuma, tahniah masuk akhir. Persembahan yang baik tapi saya tunggu persembahan solo Datuk.

Persembahan Kedua: Datuk Jalaluddin Hassan - My Way

Jihan Muse: Semua orang yang melihat persembahan Datuk merasainya. Datuk juga menunjukkan contoh kepada kami bahawa betapa besarnya bidang seni. Dan apa yang Datuk persembahkan ini tidak boleh digenerate oleh AI sebab penuh penghayatan.

Datuk Ramli MS: Sepanjang kita berkawan, vokal awak tadi itu yang paling relaks saya pernah dengar.

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.

Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos lalu, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement