Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: “Saya Bahagia Zila Dapat Nombor Satu, Tak Mahu Monopoli’ - Ahmad Tamimi Siregar

KE Selebriti 2026: “Saya Bahagia Zila Dapat Nombor Satu, Tak Mahu Monopoli’ - Ahmad Tamimi Siregar

Sekilas

  • Datuk Ahmad Tamimi Siregar tidak berkecil hati apabila kedudukan pertama yang dipegangnya selama dua minggu dirampas Zila Bakarin pada minggu ketiga KES2026.
  • Tamimi gembira dengan persaingan yang lebih terbuka dan sihat dalam program yang juga membawa konsep amal ini.
  • Kedudukan peserta semakin rapat dengan Zila mendahului selepas persembahan lagu Puteri Kota, manakala program disiarkan secara langsung setiap Sabtu di Astro Prima.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026), Datuk Ahmad Tamimi Siregar tidak berkecil hati apabila kedudukan pertama yang dikuasainya selama dua minggu berturut-turut dirampas Zila Bakarin pada minggu ketiga.

Sebaliknya, Tamimi mengakui gembira dengan keputusan tersebut kerana mahu persaingan dalam program berkenaan lebih terbuka dan tidak dimonopoli peserta tertentu.

Advertisement

“Saya bahagia sebenarnya sebab program ini tak mahulah monopoli. Dah dua minggu, jadi bila bertukar itu benda yang sihat dan buat pertandingan lebih produktif.

“Saya memang mengharapkan begitu, jangan terlalu monopoli, biarlah bertukar-tukar. Jadi seronok,” katanya.

Menurut Tamimi, jurang markah peserta sebelum ini agak besar kerana masing-masing masih mencari rentak, namun keadaan semakin berubah selepas memasuki minggu ketiga.

Advertisement

“Bila masuk minggu ketiga, rasa risau, susah hati, takut dan ‘stage fright’ sudah mula hilang. Mereka dah kembali kepada kekuatan masing-masing.

“Semalam pun saya dah agak Zila bagus. Sekarang jurang markah dah semakin cantik dan semua orang beraksi dengan baik,” ujarnya.

Tambahnya, persaingan sihat tersebut lebih menyeronokkan kerana KES2026 bukan sekadar pertandingan nyanyian, sebaliknya turut membawa konsep amal.

Dalam masa sama, Tamimi tidak mahu terlalu memikirkan kenyataan juri yang menyifatkannya sebagai antara calon berpotensi mara ke peringkat akhir.

Katanya, banyak faktor termasuk aspek teknikal dan pemilihan lagu mampu mempengaruhi kedudukan seseorang peserta.

“Terpulanglah. Kadang-kadang perkara teknikal boleh mengganggu kedudukan kita, terutama pemilihan lagu.

“Kalau dapat lagu yang boleh tonjolkan vokal dan persembahan, itu bonus. Apa lagu yang diberikan, kita kena terima dan hadapi,” katanya.

Minggu ketiga KES2026 menyaksikan Zila mengungguli kedudukan pertama selepas mendendangkan Puteri Kota nyanyian asal Ella dengan markah 79.26 peratus.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement