Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: “Saya Dah Maafkan Semua Orang, Saya Minta Maaf…” – Raja Azura Pilih Berdiam Diri, Terbuka Terima Komen Netizen

KE Selebriti 2026: “Saya Dah Maafkan Semua Orang, Saya Minta Maaf…” – Raja Azura Pilih Berdiam Diri, Terbuka Terima Komen Netizen

Sekilas

  • Raja Azura memilih untuk berdiam diri dan memaafkan segala kecaman terhadap cara pengacaraannya bersama Keanu Azman dalam program Kilauan Emas Selebriti 2026.
  • Dia mengakui tersentuh dengan balasan komen anaknya yang mempertahankan dirinya selepas ada pihak mempertikaikan soal pendidikan dan didikan anak-anaknya.
  • Raja Azura kini fokus memperbaiki pengacaraan dan menjalani latihan bersama Keanu demi memastikan persembahan mereka lebih baik di Astro Prima setiap Sabtu, pukul 9 malam.
Advertisement

Pengacara Raja Azura memilih untuk berdiam diri dan memaafkan segala kecaman yang dilemparkan terhadap cara pengacaraannya bersama Keanu Azman dalam program Kilauan Emas Selebriti 2026.

Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku berkata, dia membaca komen-komen yang bertebaran dalam media sosial termasuk Threads namun enggan terlalu mengambil pusing mengenainya.

“Saya baca saja tetapi tak ambil pusing. Kalau orang suka kita, kita buat apa pun orang akan suka. Kalau orang tak suka kita, buat apa pun mereka tetap tak suka.

“Sebab itu saya rasa lebih baik berdiam diri. Apa yang orang cakap di luar sana saya terima saja, saya tak marah pun,” katanya.

Menurutnya, dia melihat setiap kritikan sebagai sebahagian daripada cabaran sepanjang mengendalikan program tersebut dan memilih untuk berlapang dada.

“Buruk pun saya terima, baik pun saya terima sebab saya tengah buat program amal. Jadi, saya berlapang dada dengan apa kecaman yang dilemparkan kepada saya.

“Saya dah maafkan semua orang. Kalau saya ada salah pun, saya minta maaf,” ujarnya.

Bagaimanapun, Raja Azura mengakui tersentuh apabila membaca balasan komen anaknya yang tampil mempertahankan dirinya selepas ada pihak mempertikaikan soal pendidikan dan didikan.

“Saya tidak terkesan dengan komen netizen, cuma saya terkesan dengan komen dan balasan anak saya.

“Bila bab anak, kita sangat sensitif. Saya 18 tahun jadi ibu tunggal, membesarkan anak berjaya membawa tiga-tiga anak ke menara gading dengan duit titik peluh sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak,” katanya

“Saya bangga dengan diri saya,” katanya.

Tambahnya, dia kini lebih memilih untuk membuktikan kemampuan menerusi kerja termasuk menjalani lebih banyak latihan bersama hos gandingan Keanu demi memastikan pengacaraan mereka semakin baik.

“Saya dah kalis netizen. Saya tak nak lawan, saya cuma nak buat kerja dan cari rezeki halal untuk anak-anak.

“Cuma jangan letak 'pasir dalam periuk nasi saya' sebab saya tak pernah buat begitu kepada orang,” katanya.

Kilauan Emas Selebriti 2026 yang dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Must Watch Video

Advertisement