Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti 2026: Sokongan Anak Buat Amyza Aznan Terima Tawaran - “Kalau Ikutkan Memang Saya…”

KE Selebriti 2026: Sokongan Anak Buat Amyza Aznan Terima Tawaran - “Kalau Ikutkan Memang Saya…”

Sekilas

  • Amyza Aznan pada mulanya keberatan sertai Kilauan Emas Selebriti 2026 kerana mahu fokus pada rawatan anak keduanya, Adrian, yang sedang berjuang melawan kanser.
  • Keputusan ujian terkini menunjukkan Adrian menghidap kanser bukan pada tulang, menyebabkan keluarga masih buntu mengenai jenis kanser sebenar yang menyerang.
  • Walaupun sukar, sokongan Adrian memberi semangat kepada Amyza untuk terus berjuang dan menyertai program yang akan bersiaran mulai 22 Ogos ini di Astro Prima.
Advertisement

Pelakon Amyza Aznan mengakui pada awalnya keberatan menyertai Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) kerana mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap rawatan anak keduanya, Adrian.

Menurut Amyza, jadual rawatan Adrian yang padat juga ada kalanya bertembung dengan komitmennya dalam program tersebut sehingga memerlukan dia bijak membahagikan masa.

Advertisement

“Jadual rawatan Adrian terlalu padat dan kadang-kadang bercanggah dengan program ini. Mahu atau tidak, saya kena atur masa sebaiknya.

“Kalau ikutkan memang saya tak nak, saya cuma mahu fokus kepada Adrian kerana dia lebih memerlukan saya dan sayalah yang memantau rawatannya.

“Tapi dia benarkan saya sertai, mungkin disebabkan dari segi semangat. Terlalu lama saya tidak membantu dia,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Amyza berkata, dia dan keluarga masih berdepan tanda tanya mengenai jenis kanser yang menyerang Adrian selepas keputusan ujian terkini tidak menunjukkan kanser pada bahagian tulang.

“Keputusan ujian tidak menunjukkan kanser tulang. Kami buntu dan berteka-teki mengenai kanser yang menyerang anak saya.

“Sebab keputusan terkini, doktor memberitahu ia memang kanser tetapi bukan kanser tulang kerana tidak dikesan langsung pada tulang.

“Setiap kali rawatan, ada ketika bengkaknya menjadi lebih teruk dan membesar. Kami benar-benar tidak pasti kanser apa yang menyerang,” ujarnya.

Disebabkan keadaan tersebut, Amyza mengakui sukar untuk berkongsi perkembangan terkini anaknya dan hanya mampu mengharapkan keajaiban.

“Jadi apabila ditanya tentang perkembangannya, saya tak tahu nak menjawab macam mana. Kita hanya mengharapkan keajaiban.

“Kalau nak kongsi pun tentang perkembangan Adrian, tidak ada apa yang seronok untuk dikongsi.

“Kadang-kadang dalam seminggu itu, bengkak hanya turun 0.1 sahaja, tidak banyak,” katanya.

Biarpun berdepan situasi sukar, sokongan Adrian menjadi antara pendorong buat Amyza untuk menerima cabaran menyertai KE2026.

Pada Februari lalu, Amyza mendedahkan Adrian disahkan menghidap kanser tulang, kira-kira setahun selepas anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, bertarung dengan kanser paru-paru.

Allahyarham Andre dilaporkan meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru.

KES2026 bakal bersiaran secara langsung bermula 22 Ogos ini, setiap Sabtu pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

adidas Running Duramo SL 2 Running Shoes Men White IH8215

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

Must Watch Video

Advertisement