Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: “Tak Menang Pun Tak Apa, Ini Hadiah Buat Peminat” – Khaty Azian

KE Selebriti 2026: “Tak Menang Pun Tak Apa, Ini Hadiah Buat Peminat” – Khaty Azian

Sekilas

  • Pelakon veteran Khaty Azian menyertai Kilauan Emas Selebriti 2026 sebagai hadiah buat peminat yang menyokongnya lebih 40 tahun.
  • Walaupun bukan penyanyi profesional, Khaty menerima cabaran nyanyian dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan.
  • Program ini akan disiarkan secara langsung selama tujuh minggu bermula 22 Ogos di Astro Prima.
Advertisement

Lebih empat dekad bergelar anak seni, pelakon Khaty Azian menganggap penyertaannya dalam Kilauan Emas Selebriti 2026 (KE Selebriti 2026) sebagai hadiah buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan kerjayanya.

Khaty, 60, mengakui pada awalnya terkejut dan takut untuk menerima tawaran tersebut memandangkan dirinya bukan penyanyi serta lebih terbiasa menyaksikan program Astro sebagai penonton.

Advertisement

“Perasaan memang terkejut dan takut. Mula-mula tak nak, lepas itu saya sahut cabaran. Seram juga.

“Selama ini saya sokong program Astro sebagai penonton di bawah. Tiba-tiba saya pula kena berdiri atas pentas.

“Kita bukan penyanyi, kita hanyalah pelakon,” katanya.

Bagaimanapun, Khaty akhirnya memberanikan diri menerima cabaran tersebut selepas memikirkan peminat yang sudah lebih 40 tahun mengikuti perjalanan seninya.

“Saya terima cabaran ini disebabkan penyokong dan peminat juga. Saya dah berlakon lebih 40 tahun, jadi anggap ini sebagai satu hadiah untuk mereka.

“Saya tak dapat nak kenal semua peminat di setiap negeri. Jadi mungkin dengan program ini, itulah hadiah saya buat mereka.

“Sama ada menang atau tidak, tak apa,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman nyanyian, Khaty berkata, dia sebelum ini pernah menyanyi secara santai ketika melakukan siaran langsung di TikTok selain menyelitkan nyanyian ketika mengendalikan acara.

Malah, dia juga pernah menyertai pertandingan karaoke berskala kecil dan memenanginya beberapa kali.

“Ada kadang-kadang saya buat ‘live’ TikTok macam DJ, orang minta lagu dan sambil-sambil itu saya menyanyi.

“Saya juga mengacara di karnival, jadi selit-selitlah menyanyi sebelum kita jemput penyanyi lain.

“Pernah juga masuk pertandingan karaoke acara kecil dan menang sekali-sekala. Tapi itu dulu, tenaga masih tinggi.

“Sekarang dah ‘otai’, nafas pun dah pendek,” selorohnya.

Selain mahu memberikan sesuatu kepada peminat, elemen kebajikan yang diketengahkan dalam KE Selebriti 2026 turut menguatkan keputusannya untuk menyahut cabaran tersebut.

Dalam masa sama, Khaty berkata, sokongan suami, anak-anak dan rakan-rakan menjadi pendorong utama selepas dia pada awalnya bimbang berdepan penilaian juri.

“Saya cakap dengan suami dan anak, ‘Mama tak naklah, takut nanti duduk atas pentas, juri nilai macam-macam’.

“Mereka cakap, ‘Alah, mama dah biasa. Sekejap sahaja pegang mikrofon, hilanglah takut itu’.

“Kawan-kawan pun cakap, ‘Kak Khaty boleh, pergi sahaja’. Jadi menang atau tak menang, tak apa, janji saya sahut cabaran Astro,” katanya.

KE Selebriti 2026 menghimpunkan barisan selebriti veteran bukan penyanyi profesional yang bakal mencabar kemampuan masing-masing dalam bidang nyanyian.

Program tersebut bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama tujuh minggu bermula 22 Ogos ini, setiap Sabtu pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement