Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti 2026: Yusry Abdul Halim Mahu Finalis ‘All-Out’ Di Pentas Final - “Kita Nak Tengok…”

KE Selebriti 2026: Yusry Abdul Halim Mahu Finalis ‘All-Out’ Di Pentas Final - “Kita Nak Tengok…”

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim mengharapkan finalis Kilauan Emas Selebriti 2026 tampil lebih berani dengan persembahan berskala besar pada pentas akhir.
  • Beliau menekankan pentingnya bahasa tubuh dan 'stage presence' selain kawalan vokal untuk persembahan yang lebih profesional.
  • Yusry memberi contoh Datuk A. Tamimi Siregar sebagai peserta yang berjaya mengawal graf persembahan melalui penjiwaan dan bahasa tubuh.
Advertisement

Juri Kilauan Emas Selebriti 2026, Datuk Yusry Abdul Halim mengharapkan semua finalis tampil lebih berani dan memberikan persembahan berskala lebih besar pada pentas akhir program tersebut.

Menurut Yusry, meskipun kesemua peserta sudah menunjukkan peningkatan, masih ada ruang untuk mereka memperkemaskan aspek persembahan terutama bahasa tubuh dan ‘stage presence’.

Advertisement

“Saya rasa semua dah buat yang terbaik. Tapi ada sesetengah itu, sebagai contoh Amyza. Vokal dia sedap didengar tetapi dua tiga minggu saya dah cakap, ‘Amyza, you kena bagi lebih dari segi body language’.

“Kalau dia bagi all-out, kita akan dapat persembahan tahap ‘A’,” katanya.

Yusry berkata, sebahagian peserta sebenarnya berpotensi memberikan persembahan setaraf penyanyi profesional sekiranya diberi latihan serta persediaan secukupnya.

Advertisement

“Bagi saya, ada persembahan yang boleh sampai tahap penyanyi kalau betul-betul ‘polish’, rehearse dan buat berkali-kali. Persembahan itu akan nampak profesional.

“Walaupun ia bukan kerja hakiki mereka, saya sangat gembira dan bangga mereka berani melangkah satu tahap lagi daripada kerja biasa sebagai pelakon,” ujarnya.

Tambahnya, kawalan vokal bukan satu-satunya perkara yang menjadi keutamaan penilaian, sebaliknya keseluruhan pembawaan di atas pentas turut memainkan peranan besar.

“Mereka boleh menyampaikan emosi tetapi mungkin nak kawal vokal itu susah sedangkan itu bukan penilaian utama.

“Kita nak tengok ‘stage presence’. Kebanyakan mereka tiada masalah vokal yang besar, jadi kalau mereka betul-betul ‘let go’, ia akan jadi persembahan yang penuh,” katanya.

Yusry turut menjadikan Datuk A. Tamimi Siregar sebagai contoh peserta yang berjaya mengawal graf persembahan menerusi bahasa tubuh dan penjiwaan.

“Macam Datuk Tamimi, lagu balada sekalipun kalau kita tengok ‘body language’ dan penjiwaan daripada lembut sampai ke ‘big ending’, itu yang saya cari.

“Pelakon mungkin tiada teknik vokal sehebat penyanyi profesional tetapi mereka tahu menjaga graf persembahan melalui bahasa tubuh,” katanya.

Justeru, Yusry berharap kesemua finalis dapat tampil tanpa terlalu menahan diri dan memberikan persembahan terbaik pada pentas akhir Kilauan Emas Selebriti 2026.

KES2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Pentas akhir minggu hadapan bakal membawa tema Selekoh Terakhir dengan kesemua peserta sekali lagi diberikan dua tugasan bagi menentukan juara KES2026.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Must Watch Video

Advertisement