Sekilas
- Maria Tunku Sabri menafikan tindakannya mencelah komen juri disebabkan tidak menghormati mereka, sebaliknya menganggapnya sebagai elemen hiburan dalam program realiti.
- Dia sangat mengalu-alukan komen juri dan berharap dapat mendengar pandangan mereka terhadap persembahannya.
- Maria menjelaskan sikap gemar bercakapnya adalah sebahagian daripada keperibadian dan bukan untuk menghalang juri memberikan komen.
Bintang Kilauan Emas, Maria Tunku Sabri menafikan tindakannya mencelah ketika barisan juri memberikan komen disebabkan tidak menghormati mereka.
Sebaliknya, Maria menjelaskan bahawa dia sememangnya seorang yang gemar bercakap dan menganggap interaksi berkenaan sebagai sebahagian daripada elemen hiburan dalam program realiti tersebut.
Menurut Maria, dia sebenarnya amat mengalu-alukan komen daripada barisan juri, malah berharap dapat mendengar pandangan mereka terhadap persembahannya pada malam berkenaan.
“Saya tidaklah tidak menghormati juri, saya hormat semua orang terutamanya senior-senior dekat sini, barisan juri termasuk Jihan dan Azmi. Saya kalau boleh nak mereka bagi komen. Saya memang suka dengar apa juri nak cakap.
“Walaupun kita tahu dari segi vokal tu memang tak ada tapi sekurang-kurangnya dari segi persembahan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Maria meminta agar orang ramai tidak salah faham atau menganggap dia sengaja mahu menghalang juri daripada memberikan komen.
Menurutnya, sikapnya yang gemar bercakap bukan sesuatu yang dibuat-buat, malah sudah menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
“Janganlah marah, sebab apa.. Sebab ini konsep hiburan. Bukannya saya tak nak bagi juri cakap ke apa cumanya saya ni memang orang dah kenal saya suka bercakap.
“Bercakap sahaja sampai tak tahu nak letak full stop dekat mana, in fact awak semua (media) tanya satu soalan pun saya boleh jawab sampai esok pagi. Saya memang suka bercakap bukan saya tak nak bagi juri bercakap.
“Cakaplah, beri komen saya tak kisah tapi saya akan cuba untuk buat bersembang, kalau boleh saya mahu juri pun buat penjurian macam bersembang,” ujarnya.