Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti: “Dah Bau-Bau Tanah Pun Baru Ada Fan Club, Kau Rasa” - Zila Bakarin

KE Selebriti: “Dah Bau-Bau Tanah Pun Baru Ada Fan Club, Kau Rasa” - Zila Bakarin

Sekilas

  • Zila Bakarin tidak menyangka akan mendapat sokongan hangat daripada kumpulan peminat selepas bertahun-tahun dalam industri seni.
  • Kumpulan peminatnya yang berjumlah lebih 200 orang turut membuat baju dan banner serta aktif mengundi untuknya dalam Kilauan Emas Selebriti.
  • Zila melihat penyertaannya dalam KES sebagai peluang untuk membuktikan kemampuan vokalnya walaupun bukan penyanyi profesional.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Zila Bakarin tidak menyangka kehadirannya dalam program realiti tersebut bakal mendapat sokongan hangat daripada sekumpulan peminat. 

Menurut Zila, dia sendiri tidak pernah menyangka akan mempunyai kumpulan peminat tersendiri selepas bertahun-tahun berada dalam industri seni.

“Umur dah tinggal berapa takuk ni baru nak ada fan club, macam kelakar.

Advertisement

“Dah bau-bau tanah pun baru ada fan club kau rasa macam pelik, tiba-tiba ada fan club. Admin saya Sandra datang tanya nak buatkan fan club. 

“Lepas tu dia bagi tahu dekat WhatsApp dan 200 lebih orang ahlinya. Lepas tu dia kata mereka buatkan baju, banner semua untuk saya. Alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.

Lebih mengharukan, kumpulan peminat tersebut turut memainkan peranan dalam memberikan sokongan terhadap Zila menerusi undian dalam Kilauan Emas Selebriti. 

“Dan bila undian tu, mereka cakap yang mereka dah suruh semua orang yang dalam fan club untuk undi. Anak buah saya juga pula jenis memaksa. Dia juga suruh semua kawan-kawan Coway dia untuk undi saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zila mengakui penyertaannya dalam KES juga memberi peluang untuk dia membuktikan kemampuan vokalnya kepada penonton, meskipun sedar dirinya bukanlah seorang penyanyi profesional.

“Saya nak jugalah tunjuk suara kita kan, walaupun taklah sedap mana, bolehlah kan. Boleh dengarlah, tak adalah kau orang tutup telinga kan,” Selorohnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement