Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti: “Peh, Syahdu Sungguh!” – Azmi Saat Kongsi Pengalaman Jadi Juri, Sampai Tak Nak Buka Headphone

Azmi Saat

Sekilas

  • Azmi Saat berkongsi pengalaman menjadi juri jemputan di konsert pertama Kilauan Emas Selebriti dan mula-mula tidak memakai headphone untuk mudah berkomunikasi dengan juri lain.
  • Selepas mencuba memakai headphone, Azmi mendapati suara peserta, pengacara, dan juri lebih jelas dan membuatkan dia lebih yakin berkomunikasi.
  • Musim Kilauan Emas Selebriti berlangsung selama tujuh minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam, dengan siaran setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima dan platform digital.
Advertisement

Penyanyi Azmi Saat berkongsi pengalaman dia menjadi juri jemputan pada malam konsert pertama Kilauan Emas Selebriti (KES) yang berlangsung pada Jumaat lalu. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Azmi berkata pada mulanya dia tidak memakai headphone kerana berfikiran lebih mudah untuk berkomunikasi dengan juri tetap KES iaitu Jihan Muse. 

 

Bagaimanapun, Azmi akhirnya memilih untuk memakai headphone dan mendengar lebih jelas suara peserta, pengacara dan juri yang lain.

 

“Waktu peserta pertama semalam (Sabtu), saya tak pakai headphone. Kononnya supaya mudah nak berkomunikasi dengan Jihan. 

 

“Bila peserta kedua, saya cuba pakai, peh syahdu sungguh. Semua bunyi jelas. Sampai kesudah saya tak nak buka sebab suara pengacara, suara juri apa lagi peserta semuanya jelas,” kongsinya. 

 

Mengakui berasa lebih yakin untuk berkomunikasi selepas memakai fon kepala, Azmi turut mengucapkan terima kasih kepada produksi atas peluang yang diberikan untuk berada di KES.

 

“Terasa lebih yakin nak berkomunikasi. Terima kasih pihak produksi bagi saya peluang merasa duduk di sini. Hehehe,” ujarnya lagi. 

 

Untuk info, pelakon dan penyanyi Mubarak Majid selamat untuk minggu pertama Kilauan Emas Selebriti tanpa penyingkiran, manakala Katy Azian dan Maria Tunku Sabri berada di tiga terbawah.

 

Datuk A. Tamimi Siregar berjaya mara ke minggu kedua selepas persembahan yang memikat juri, dan Zila Bakarin memenangi Anugerah Emas Berkilau Of The Week.

 

Musim ini berlangsung selama tujuh minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam, dengan tema Lagu Orang Kita untuk minggu kedua, disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima dan platform digital.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Must Watch Video

Advertisement