Skip to main content

Rancangan Realiti

KE Selebriti Recap: Jalaluddin Hassan Kekal No. 1 Dengan 75.86%, Ini Senarai Markah Peserta Minggu Separuh Akhir

KE Selebriti Recap: Jalaluddin Hassan Kekal No. 1 Dengan 75.86%, Ini Senarai Markah Peserta Minggu Separuh Akhir

Sekilas

  • Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) minggu separuh akhir tiada penyingkiran dan semua peserta layak ke pentas akhir minggu depan.
  • Datuk Jalaluddin Hassan menduduki tempat pertama serta menerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week dengan sumbangan RM2,000 kepada Shuaib Shaari.
  • Konsert akhir bertemakan Selekoh Terakhir akan berlangsung secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di Astro Prima setiap Sabtu pukul 9 malam.
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) yang berada di tempat tiga terbawah, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin dan Rahhim Omar menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir selepas tiada penyingkiran dilakukan pada minggu separuh akhir, malam tadi.

Bertemakan Kenangan Mengusik Jiwa, konsert minggu keenam menyaksikan kesemua peserta diberikan dua tugasan iaitu persembahan duet dan solo sebelum keputusan diumumkan menerusi segmen Piring Lagu Berbisa (PLB).

Advertisement

Datuk Jalaluddin Hassan menduduki tangga pertama diikuti Datuk A. Tamimi Siregar di tempat kedua dan Amyza Aznan pada kedudukan ketiga.

Zila Bakarin pula berada di tempat keempat, Rahim Omar kelima manakala Fazlina Ahmad Daud melengkapkan kedudukan enam peserta.

Pada malam sama, Jalaluddin turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week dan memilih rakan industri, penyanyi serta pemain dram kumpulan Freedom, Shuaib Shaari untuk menerima sumbangan wang tunai RM2,000.

Advertisement

Konsert separuh akhir dibuka dengan persembahan juri jemputan, Misha Omar menerusi lagu Semoga Abadi dan Halaman Cinta.

Segmen Telan Kaset pula menyaksikan kemunculan Shima menerusi Luka Dilukai manakala Siti Fairuz menghiburkan penonton dengan Bila Rindu Ku Sebut Namamu.

Misha bersama Azmi Saat daripada Caliph Buskers tampil sebagai juri jemputan minggu ini, bergandingan dengan juri tetap Jihan Muse dan Datuk Yusry Abdul Halim.

Berikut komen barisan juri terhadap persembahan peserta pada minggu separuh akhir KES2026:

Tugasan Duet

1) Zila Bakarin & Fazlina Ahmad Daud – Hanya Memuji (Shanty & Marcell)

Datuk Yusry Abdul Halim: Korang tahu bila masa nak ‘support’ satu sama lain dan bila giliran masing-masing untuk menyanyi. ‘Good balance’.

Misha Omar: Sebagai pelakon yang hebat, mereka dilatih untuk meresapi watak. Tetapi sebagai penyanyi, kita tak boleh nampak terlalu bersenang-lenang ketika menyanyi. Jadi kena lebih fokus untuk ‘perform’.

Azmi Saat: Semua hebat-hebat. Baru peserta pertama tetapi bagi saya dari segi pendengaran memang okey. Kita faham mereka bukan penyanyi profesional tetapi keserasian itu ada.

2) Datuk Jalaluddin Hassan & Datuk A. Tamimi Siregar – Jumpa Mesra (S. Jibeng & M.Shariff)

Jihan Muse: Ini baru betul-betul legenda. Mood dia macam dekat ‘dinner show’ untuk ‘long service award’. Penuh tenaga, konsisten dan semakin selesa atas pentas. Sangat ngam korang.

Misha Omar: Comel dua-dua. Saya dah 24 tahun menyanyi dan kita ada ramai penyanyi lelaki tetapi karakter suara lelaki yang betul-betul ‘jantan’ macam Datuk-Datuk ini kita rindu. Bila dengar rasa puas betul.

3) Rahim Omar & Amyza Aznan – Siapa Dia Sebelum Daku (Roy & Fran)

Misha Omar: Betul kata Kak Engku, lakonan dalam nyanyian Rahim nampak sangat selesa. Cuma kadang-kadang bila nak ‘project’ suara, ada terlepas satu saat ekspresi muka macam ‘alamak’. Jangan keluarkan muka ‘alamak’ itu.

Untuk Kak Amyza pula, saya faham sekarang musim demam. Bila suara nak pergi ke arah tekak, nanti boleh tanya Cikgu Shafi bagaimana nak tolak ke atas supaya suara lebih ‘warm’.

Datuk Yusry Abdul Halim: Bukan satu rahsia, daripada semua pasangan ini saya suka dua tona ini. Bagi saya paling serasi malam ini dari segi lakonan dan nyanyian. Kalau masuk final, cuba ‘harmonize’ sikit.

Tugasan Solo

1) Fazlina Ahmad Daud – Laskar Cinta (Dewa 19)

Datuk Yusry Abdul Halim: Minggu ini persembahan awak agak terbatas sebab minggu lepas awak lebih kuat. Saya boleh rasa amarah dalam lagu itu tetapi bagi saya belum cukup marah. Untuk persembahan solo awak okey, bukan yang terbaik tetapi okey.

Misha Omar: Kak Baby memang cepat dapat input. Verse ini sangat susah nak dilontarkan tetapi apabila akak beri ekspresi, dia terus hidup. Sebagai ‘performer’, saya selalu percaya selain bakat, kena ada usaha dan kesungguhan.

2) Zila Bakarin – Zombie (The Cranberries)

Jihan Muse: Selamat datang ke dunia nyanyian. Akak dah boleh jadi penyanyi dah. Bab vokal saya serahkan kepada Kak Misha tetapi sebagai ‘performer’, visual akak sangat ‘on’.

Kita sampai lupa nyanyian itu betul atau tidak sebab sebagai penonton, rasa itu dapat. Akak memang gempak, jumpa di final.

Azmi Saat: Elemen rock itu saya dapat rasa. Cuma kalau nak jerit atau keluarkan suara lebih kuat,  tarik mikrofon  jauh sikit.

3) Datuk Jalaluddin Hassan – Pamit (Selamat Tinggal) (Broery Marantika)

Datuk Yusry Abdul Halim: Setiap minggu keyakinan Datuk semakin bertambah. Persembahan sebegini bukan sekadar sedap didengar tetapi ada sesuatu yang membuatkan kita mahu terus melihat.

Misha Omar: Persembahan yang sangat efektif. Tak perlu menyanyi nada tinggi, tak perlu berlebihan. Dengan cara bersahaja macam itu pun satu dewan tengok.

Dalam kesederhanaan itu, persembahan Datuk meresap ke jiwa.

4) Rahim Omar – Kau Pergi Tanpa Pesan (M.Daud Kilau)

Azmi Saat: Dari segi vokal saya suka lontaran suara abang, memang ‘jantan’. Lagu ini memang susah nak dapat lenggok dangdut tetapi abang dah buat sehabis baik dan ada kesedapannya.

Misha Omar: Saya bangga sangat abang keluar daripada zon selesa. Sebenarnya legenda-legenda ini tak perlukan platform tetapi pentas ini menjadi medan untuk menghiburkan dan membantu mereka yang memerlukan. Boleh menyanyi rupanya, suara pun ‘jantan’ betul.

5) Datuk A. Tamimi Siregar – Cinta (Titiek Puspa)

Misha Omar: Memang nombor satu bagi saya minggu ini. Dari bait lirik, baris pertama dan setiap perkataan, saya mahu tahu lagu ini mengenai apa.

Datuk bersungguh-sungguh menyampaikan setiap perkataan dengan mimik muka dan semuanya datang dari dalam. Permainan Datuk tak kosong. Saya memang menggemari Datuk ketika berada di arena teater.

Datuk Yusry Abdul Halim: Dari segi teknik vokal memang tak perlu dipersoalkan tetapi yang paling terasa adalah penjiwaan. Itu yang paling penting. ‘Welcome to final, see you next week’.

Azmi Saat: Saya rasa genre ini memang kekuatan Datuk dan tak boleh dinafikan. Saya rasa persembahan Datuk boleh jadi lebih hebat daripada penyanyi profesional yang mempunyai banyak lagu.

6) Amyza Aznan – Ingkar Janji (Hetty Koes Endang)

Jihan Muse: Saya suka suara husky akak dan lagu-lagu yang dipilih memang tak klise. Saya tak nafikan akak memang boleh menyanyi cuma sebenarnya saya rasa akak boleh buat lebih daripada itu.

Azmi Saat: Saya suka cara akak menyanyi, memang akak layan ‘groove’ dan masuk dalam tempo lagu itu.

Suara husky akak terutama pada bahagian tinggi membuatkan kita dapat rasa keperitannya. Cuma boleh perhatikan ‘pitching’ supaya lebih tepat. Bukan nak sempurna tetapi kalau dapat kemaskan lagi, lebih sedap.

Datuk Yusry Abdul Halim: Vokal awak tak pernah mengecewakan. Cuma kalau pergerakan awak lebih besar terutama bahagian korus, persembahan akan jadi lebih lengkap. Yang penting ‘feel’ itu sampai dan tona suara awak sedap.

Berikut merupakan kedudukan bintang-bintang KE Selebriti:

dvfg

 

KES2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Pentas akhir minggu hadapan bakal membawa tema Selekoh Terakhir dengan kesemua peserta sekali lagi diberikan dua tugasan bagi menentukan juara KES2026.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Bedroom / Bedhead / Studying / Desk Lamp with a Floral Design for Creating Atmosphere / Rural Style / Warm / Romantic 花朵台灯-035

Bedroom / Bedhead / Studying / Desk Lamp with a Floral Design for Creating Atmosphere / Rural Style / Warm / Romantic 花朵台灯-035

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Must Watch Video

Advertisement