Skip to main content

Hiburan

KE Selebriti: “Saya Minta Maaf Atas Segala…” - Keanu Azman

KE Selebriti: “Saya Minta Maaf Atas Segala…” - Keanu Azman

Sekilas

  • Keanu Azman mengakui masih dalam proses membina keserasian bersama Raja Azura sebagai hos Kilauan Emas Selebriti dan memerlukan masa untuk chemistry mereka berkembang.
  • Keanu mengambil tanggungjawab atas kekurangan persembahan minggu pertama dan menjelaskan tindakannya menghormati Raja Azura sebagai hos senior.
  • Dia memohon maaf kepada pihak produksi dan penonton atas segala kekhilafan serta yakin prestasi mereka akan bertambah baik dari minggu ke minggu.
Advertisement

Hos Kilauan Emas Selebriti (KES), Keanu Azman mengakui masih dalam proses membina keserasian bersama gandingan pengacaranya, Raja Azura.

Menurut Keanu,keserasian antara dua hos tidak boleh dibentuk dalam tempoh singkat kerana ia memerlukan masa lebih-lebih lagi bergandingan di program siaran langsung.

“Pada saya, nak bina chemistry tu, it takes time. Even kita tengok rancangan realiti sebelum-sebelum ni kat Astro pun, ada je yang first few weeks tu tak nampak lagi chemistry antara hos-hos.

“But after the third or fourth week tu kita dah nampak dah, ‘Oh, chemistry tu dah semakin terjalin dah’, then people enjoy watching them,” katanya.

Advertisement

Pada masa sama, Keanu mengakui dia dan Raja Azura sudah melakukan persiapan yang sangat rapi  bagi memastikan persembahan mereka berjalan lancar.

“Saya rasa macam first week ni saya dengan Kak Engku dah try our best. Kita dah sit down together, dah brainstorm ideas, tapi mungkin masa live tu mungkin ada yang tak se-best rehearsal masa dia dirancang.

“Tapi itu bukan salah Kak Engku ke apa ke. Saya memang take the blame untuk segala kekurangan,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai membiarkan dirinya ‘dimakan’ oleh Raja Azura atau lebih mesra Kak Engku ketika mengendalikan program tersebut, Keanu mengakui dia berbuat demikian kerana didorong rasa hormat sebagai hos baharu.

Namun, Keanu sedar tindakannya itu turut mengundang persepsi berbeza daripada penonton.

“Sebenarnya it’s more of a junior yang respecting senior pada stage awal-awal. Sebab pada awalnya I tak tahu sama ada kalau I mencelah Kak Engku akan rasa I ni biadap ke apa.

“So I macam okay, biar dia habis dulu. Bila orang nampak tu orang kata, ‘Lemahlah kau! Kak Engku tengah cakap tu kau mencelahlah!’

“Kalau aku mencelah orang cakap aku kurang ajar pula. Bila tak mencelah orang kata aku ni lemah, pengacara yang tak tahu nak mencelah langsung pula,” katanya.

Mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, Keanu turut memohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku sepanjang minggu pertama KES, termasuk kepada pihak produksi.

“Saya minta maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan saya sebab saya tahu hari ni banyak kekurangan. Even to the producers pun tadi saya dah personally minta maaf.

“Tapi harap-harapnya dan saya percaya it will get better every week, insya-Allah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement