Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Keanu Azman Mohon Netizen ‘Chill’, Jangan Terlalu Keras Mengkritik - “Baru Minggu Pertama, Insya-Allah Kita…”

Keanu Azman Mohon Netizen ‘Chill’, Jangan Terlalu Keras Mengkritik - “Baru Minggu Pertama, Insya-Allah Kita…”

Sekilas

  • Keanu Azman memohon netizen agar tidak terlalu keras mengkritik gandingannya bersama Raja Azura atau Kak Engku dalam Kilauan Emas Selebriti.
  • Keanu menjelaskan mereka baru sahaja melalui minggu pertama dan masih dalam proses membina keserasian sebagai pasangan pengacara.
  • Keanu berharap orang ramai memberi ruang dan sokongan untuk mereka memperbaiki persembahan pada minggu-minggu akan datang.
Advertisement

Hos Kilauan Emas Selebriti (KES), Keanu Azman memohon netizen tidak terlalu keras mengkritik gandingannya bersama, Raja Azura atau lebih mesra disapa sebagai Kak Engku.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Keanu berkata Kak Engku sudah memberikan usaha yang terbaik dalam menjayakan program berkenaan, termasuk perkara yang mungkin tidak dilihat oleh penonton.

Advertisement

Menurut Keanu, mereka baru sahaja melalui minggu pertama dan masih memerlukan masa untuk membina keserasian sebagai pasangan pengacara.

“Guys, tolong jangan terlalu keras terhadap Kak Engku. Dia sudah memberikan banyak usaha yang orang tidak nampak.

“Kami sudah mencuba, kami benar-benar sudah mencuba.

Advertisement

“Tetapi baru minggu pertama, kan? Insya-Allah kami berdua akan mempunyai ‘bond’ dan keserasian yang lebih baik selepas ini. Percayalah cakap saya,” katanya.

Dalam masa sama, Keanu jug berharap orang ramai dapat memberikan ruang dan sokongan kepada mereka untuk memperbaiki keserasian pada minggu-minggu akan datang.

“Kak Engku seorang manusia dengan perasaan juga, so let's not go overboard to ridicule her, okay? Kita chill chill je,” tulisnya.

Terdahulu, gandingan Keanu dan Kak Engku sebagai pengacara menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, sama ada positif mahupun berbentuk kritikan.

Keanu kemudiannya mengakui masih dalam proses membina keserasian bersama Kak Engku dan memohon maaf sekiranya gaya pengaraannya disifatkan sebagai kurang menyerlah.

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement