Skip to main content

Hiburan

Keberkesanan Watak Walid Buat Faizal Hussein Digilai Peminat Indonesia - “Ada Yang Mesej Nak Jadi…”

Faizal Hussein

Sekilas

  • Watak Walid lakonan Faizal Hussein dalam drama Bidaah mendapat perhatian besar di Indonesia sehingga ramai peminat di sana menghantar mesej menawarkan diri menjadi isterinya.
  • Faizal berkongsi bahawa isterinya, Suhaila Sulaiman, seorang pelakon dan graduan ASWARA, sangat profesional dan tidak mengambil serius ajakan peminat tersebut.
  • Drama Bidaah berjaya mencetus fenomena sehingga menghasilkan sekuel, dan Faizal gembira dengan impak wataknya yang turut membantu menyebarkan dakwah.
Advertisement

Watak Walid yang dibawakan pelakon, Faizal Hussein menerusi drama berjudul Bidaah pada tahun lalu berjaya mencetus fenomena sehingga mendapat perhatian penonton di Indonesia.

Kata Faizal, keberkesanan lakonannya itu juga menyebabkan dia banyak menerima mesej daripada peminat Indonesia di laman sosial yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya.

Advertisement

“Ramai yang mesej nak jadi ‘bini’ saya, tapi yang minta begitu, peminat di Indonesia. Ada yang mahu jadi isteri saya, ada yang minta saya mendoakan dia sebab ada yang anggap saya ini Walid.

“Ada juga yang berseloroh, tapi kita tahu mana yang serius dan tidak. Tapi yang ajak berkahwin itu, ramai. Ada yang mesej katakan, kawannya mahu jadi isteri saya. Tapi saya baca sajalah, saya tak balas,” katanya kepada Gempak.

Faizla berkongsi perkara tersebut ketika pada sesi previu sekuel bagi drama tersebut yang berjudul Walid di Saloma, Kuala Lumpur pada Khamis.

Advertisement

Sungguhpun begitu, Faizal memaklumkan bahawa isterinya yang juga pelakon iaitu Suhaila Sulaiman merupakan seorang yang sangat profesional dan sama sekali tidak mengambil serius akan ajakan tersebut.

“Isteri saya tak hairan, dia tahu semua itu. Isteri saya jenis yang ‘sporting’ sebab dia adalah graduan ASWARA, jadi dia faham dan tahu macam mana industri ini. Kiranya saya sudah dapat ‘lesen’ besar dari dia. Dia sudah tahu suami dia macam mana, jadi tiada masalah.

“Tapi kalau ada adegan romantis, sebelum terima, saya tanya dia juga, boleh tak berlakon cerita ini sebab ada peluk dan sebagainya. Dia kata buat sajalah, sebab dia pun faham.

“Tapi di Malaysia, apa sajalah yang kita boleh buat untuk membuatkan penonton memahami soal watak,” katanya.

Bercerita lanjut, Faizal mengakui dia berasa seronok melihat impak drama tersebut sehinggakan sekuelnya berjaya dihasilkan.

“Selepas watak Walid meledak di Indonesia, mereka siasat siapa pelakon yang membawakan watak itu jadi mereka kenal saya. Jadi ada yang pada awalnya tak suka saya, tapi bila sudah kenal saya, pengikut saya pun makin bertambah.

“Malah pengikut akaun laman sosial anak-anak saya pun bertambah. Alhamdulillah, maknanya impak watak ini bagus, apatah lagi ada beberapa ‘walid’ di sana juga ditangkap. Itulah yang saya mahu buat sebenarnya sebab dalam kerja saya, saya mahu berdakwah juga,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must Watch Video

Advertisement