Skip to main content

Hiburan

Kecederaan ACL Tak Halang Hairul Azreen Tamatkan Saingan Hyrox Di Barcelona - “Sebenarnya Saya Tak Yakin Tapi…”

Hairul Azreen

Sekilas

  • Hairul Azreen berjaya menyertai pertandingan kecergasan global Hyrox di Barcelona walaupun mengalami kecederaan ACL pada kedua-dua lututnya.
  • Dia merancang untuk menyertai lebih banyak pertandingan Hyrox di luar negara selepas ini tanpa meletakkan sasaran khusus.
  • Hairul mendapat sokongan penuh daripada isteri, Hanis Zalikha, terutama semasa proses pemulihan dan mereka juga meraikan ulang tahun ke-10 jenama Cakenis bersama pelancaran koleksi terbaru.
Advertisement

Kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada bahagian urut lutut kiri dan kanan tidak menghalang pelakon, Hairul Azreen untuk menyertai pertandingan kecergasan global, Hyrox.

Menurut Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, penyertaannya di Barcelona pada minggu lalu telah memberi satu kepuasan untuknya kerana tetap bersemangat menamatkan saingan dalam tempoh masa 1 jam 7 minit.

Advertisement

"Kepuasan dia adalah bila kita tahu apa yang kita boleh buat atau tak boleh buat. Saya sendiri sebenarnya tak yakin boleh buat atau tidak sebab ACL kiri dan kanan saya dah putus.

“Jadi, saya tak tahu sama ada saya mampu habiskan atau tidak. Namun, bila saya berjaya buat, saya rasa gembira, Alhamdulillah.

“Lagipun masa buat filem aksi dulu lagi berisiko, jadi untuk Hyrox ini masih boleh lagi dan sepanjang bertanding setakat ini tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Cuma, saya terpaksa berlari walaupun saya ‘benci’ berlari," katanya kepada Gempak.

Advertisement

Hairul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis ulang tahun ke-10 jenama Cakenis bertempat di The Starhill, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Malah, bapa kepada dua orang anak ini merancang untuk menyertai siri pertandingan seterusnya di luar negara.

"Ini Hyrox pertama saya. Saya baru sahaja sampai di Malaysia dari Barcelona. Lepas Barcelona, bulan depan saya akan ke Indonesia pula dan ada beberapa lagi lokasi selepas itu. Setakat ini, saingan baru ada dua atau tiga lokasi dan saya tidak meletakkan sebarang sasaran yang terlalu spesifik," katanya lagi.

Berkongsi mengenai penyertaannya di Barcelona, Hairul meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan padu daripada isteri, Hanis Zalikha.

"Sepatutnya Hyrox pertama saya adalah bersama 'teman wanita' (isteri) saya, Hanis Zalikha di Poland pada April lalu. Tak dapat buat, padahal saya dah bawa satu keluarga semua sekali. Tapi mungkin tak ada rezeki waktu itu kerana banyak krisis ketiadaan penerbangan, mungkin sebab peperangan.

"Bagi saingan di Barcelona pula, sepatutnya saya pergi seorang diri, tapi saya cakap dengan isteri saya, ‘Awak kena ada untuk perlumbaan pertama ini'. Walaupun masa itu dia tengah sibuk dengan Cakenis, dia tetap terbang ke sana.

“Dialah yang menjaga saya, menyediakan makanan dan bersama sepanjang proses pemulihan," katanya.

Dalam perkembangan lain, jenama Cakenis milik Hanis Zalikha dan Hairul meraikan sambutan ulang tahun ke-10 serta melancarkan koleksi terbaharu mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Argentina

Stoned World Cup Series : Argentina

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

Must Watch Video

Advertisement