Skip to main content

Hiburan

Kecewa Namun Yonnyboii Akur & Faham Sebab MV ‘Bersuara’ Diturunkan - “Kalau Boleh, Saya Harap…”

Yonnyboii

Sekilas

  • Yonnyboii mengakui kecewa dengan penurunan muzik video lagu Ku Bersuara yang dinilai mempunyai unsur plagiat dari video kumpulan K-Pop, Xdinary Heroes.
  • Beliau memahami situasi tersebut dan berharap video itu boleh diperbaiki atau digantikan dengan visual alternatif tanpa menjejaskan lagu itu sendiri.
  • Isu plagiat ini mendapat perhatian selepas peminat K-Pop mendakwa muzik video tersebut meniru beberapa babak dan konsep dari video asal.

Penyanyi rap, Yonnyboii mengakui berasa sedikit kecewa susulan penurunan muzik video lagu nyanyiannya bersama kumpulan Insomniacks yang berjudul Ku Bersuara.

Walau bagaimanapun, Yonnyboii atau nama lengkapnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin memahami isi tersebut dan menerima dengan hati yang terbuka.

“Kecewa itu memang ada, tapi saya faham situasi ini. Saya lebih simpati kepada Insomniacks dan pasukan produksi sebab banyak usaha dan kos sudah dikeluarkan.

“Saya suka kualiti video itu. Kalau boleh, saya harap ia dapat dilepaskan, tetapi mungkin perlu ada penambahbaikan supaya lebih berbeza walaupun mengekalkan konsep dan kualiti.

“Dari sudut pengarah, dia cuma mahu cipta sesuatu yang berbeza, bukan standard Malaysia, tapi mungkin caranya terlalu mirip.

“Sebagai peminat, saya juga faham kenapa mereka rasa tak selesa. Kalau karya kita ditiru pun, kita tak rasa ‘best’. Tapi pada saya, mungkin tiada niat atau cara penyampaian itu yang menyebabkan ia nampak terlalu sama,” katanya kepada Gempak.

Yonnyboii berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di pelancaran lagu INFINITI (KAMI UP) nyanyiannya bersama seorang lagi penyanyi rap, Kidd Santhe bertempat di Thai Thai, Sunway Pyramid pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk melakukan penggambaran semula, pelantun lagu Sakit ini berkata bahawa masih belum ada sebarang keputusan untuk berbuat demikian namun tidak menolak kemungkinan menghasilkan visual alternatif.

“Lagu tetap diteruskan sebab tiada kaitan dengan isu plagiat. Ia ciptaan kami sendiri. Cuma videonya sahaja yang terkesan.

“Harapnya kita boleh hasilkan sesuatu yang baharu supaya lagu ini terus sampai kepada pendengar,” katanya.

Terdahulu, muzik video Ku Bersuara nyanyian Yonnyboii dan Insomniacks menyorot perhatian selepas didakwa mempunyai unsur plagiat dan persamaan dengan video muzik lagu Beautiful Life nyanyian kumpulan rock Korea Selatan, Xdinary Heroes.

Isu tersebut mula tular selepas peminat kumpulan K-Pop itu mendakwa beberapa babak serta konsep dalam muzik video tersebut seakan-akan meniru karya dihasilkan kumpulan berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement