Skip to main content

Hiburan

Kecoh Dakwaan Rumah Tangga Bergolak & Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, BCL Tenang Kongsi Foto Sambut Birthday Suami

fdfd

Sekilas

  • Dakwaan kononnya Bunga Citra Lestari (BCL) mengalami keganasan rumah tangga dan sudah memfailkan cerai dengan suaminya, Tiko Aryawardhana, tular di media sosial tanpa bukti kukuh.
  • BCL dan suami dilihat berkongsi momen romantis termasuk makan malam dan kejutan sejambak mawar putih, menolak khabar angin perceraian.
  • BCL mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas sokongan dan semangat dalam hantaran ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.

Tular di media sosial sejak beberapa hari lalu mengenai dakwaan kononnya rumah tangga penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bersama suaminya, Tiko Aryawardhana, sedang bergolak hingga berlakunya keganasan rumah tangga (KDRT). 

Beberapa hantaran yang dibuat oleh netizen mendakwa BCL sudah memfailkan cerai dan mengalami KDRT sebelum ‘curhat’ kepada aktor Reza Rahadian. 

“Gugat cerai Tiko dan alami KDRT, BCL curhat sedih kepada Reza Rahadian.” tulis individu tersebut. 

Dakwaan tidak berasas itu kemudian dikongsi semula oleh beberapa akaun lain tanpa sebarang semakan.

Namun, berlainan pula dengan khabar angin yang tular, menerusi hantaran di media sosial, penyanyi dan pelakon itu dilihat tenang sahaja berkongsi momen manis bersama suaminya. 

Gambar-gambar yang dikongsi memperlihatkan pasangan itu menikmati makan malam romantis, sekali gus menolak dakwaan kononnya mereka berada di ambang perceraian.

Tidak terhenti di situ, BCL turut berkongsi gambar dirinya menerima sejambak mawar putih sebagai kejutan daripada Tiko. 

“Happy 2nd Anniversary, Suami. Thank you for accepting me for who I am… Terima kasih sudah jadi orang yang mau berjuang sama-sama… yang selalu bilang ‘you can do this’ setiap kali aku meragukan diriku sendiri,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement