Skip to main content

Hollywood

Kehilangan Ibu 2 Tahun Lalu, Nicole Kidman Bercita-Cita Jadi Pembimbing ‘Orang Mati’

Astro Gempak nicole kidman (2)

Sekilas

  • Nicole Kidman kini sedang belajar menjadi death doula, iaitu pembimbing yang membantu individu nazak menjalani kematian dengan tenang.
  • Idea ini timbul selepas pengalaman peribadinya menjaga ibunya yang meninggal dunia pada September 2024.
  • Kidman berkongsi bahawa kehilangan ibu dan bapanya memberi kesan mendalam, dan dia ingin menjadi sokongan emosi kepada mereka yang sedang nazak.

Bintang terkenal Nicole Kidman mendedahkan sudah mempunyai ‘pekerjaan’ baharu jika tidak lagi aktif dalam bidang seni.

Menerusi satu temu bual. aktres berusia 58 tahun itu mengatakan dirinya sedang belajar menjadi death doula atau dikenali sebagai pembimbing individu yang sedang nazak dan ingin mati dalam keadaan tenang.

Pembimbing ‘orang mati’ ini juga berperanan menyokong emosi serta menyediakan pelan wasiat buat klien yang dijaga sebelum mereka meninggal dunia.

Meski berbunyi aneh, kata Kidman idea tersebut muncul selepas ibunya, Janelle Ann Kidman menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun pada September 2024 silam.

“Sewaktu ibu saya ingin meninggal dunia, dia menjalani hari-hari terakhirnya dengan sepi. Kami sebagai keluarga juga hanya mampu membantu seadanya.

“Saya dan kakak, kami juga punya kehidupan, keluarga dan kerjaya sendiri sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada ibu.

“Saya fikir adalah indah jika ada seseorang yang akan duduk dan menjaga, menjadi pembimbing dan teman sehingga individu yang sakit meninggal dunia.

“Jadi, saya sedang mempelajari ‘pekerjaan’ tersebut,” akui Kidman seperti dilaporkan People.

Sejak kehilangan ibunya, Kidman sering berbicara tentang kesunyian dan menyifatkan ibunya umpama kompas dan sering menjadi petunjuk paling baik dalam kehidupannya.

Dia yang telah kehilangan bapa pada tahun 2014 juga mengaku tanpa sedar selalu menangis mengenangkan kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement