Skip to main content

Hiburan

Kehilangan Ibu & Adik Sebelum Pernikahan Dengan Shila Amzah Merupakan Ujian Paling Berat Dihadapi Ubai MZ - “Di Sebalik Ujian, Ada…”

Ubai MZ

Sekilas

  • Ubai MZ berkongsi ujian paling berat dalam hidupnya iaitu kehilangan ibu dan adiknya beberapa hari sebelum hari perkahwinannya dengan Shila Amzah.
  • Adik lelakinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya manakala ibunya meninggal kerana kanser ovari tahap tiga pada tahun 2023.
  • Walaupun menghadapi dugaan besar, Ubai reda dan percaya ada hikmah serta rezeki di sebalik ujian yang dilaluinya.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ berkongsi ujian paling berat yang pernah dialaminya beberapa tahun yang lalu.

Menerusi Threads, suami kepada penyanyi Shila Amzah itu memaklumkan bahawa ujian paling besar pernah dilaluinya ialah kehilangan arwah ibu dan adiknya.

Advertisement

Ujar Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ujian tersebut amat berat apabila dua insan tersayang itu berlaku sebelum hari bahagianya bersama Shila.

“Arwah adik meninggal depan saya, seminggu sebelum saya bertunang.

“Arwah mak meninggal depan saya, enam hari sebelum saya bernikah,” tulisnya di ruangan komen ciapan seorang warganet.

Walau bagaimanapun, Ubai memaklumkan dia reda dan menganggap ada hikmah di sebalik kejadian itu.

“Selepas pemergian kedua-dua insan hebat ini, ada ujian yang saya perlu hadapi sehingga hari ini.

“Apa-apa pun syukur Alhamdulillah, disebalik ujian ada rezeki yang diberikan.

“Takdir Allah itu sempurna, jika satu pintu tertutup pasti dia membuka jalan yang lebih indah untuk kita,” luahnya.

Sekadar info, adik lelaki kepada Ubai meninggal dunia pada 4 Mei 2023 akibat kemalangan jalan raya manakala ibu kepada Ubai, Allahyarhamah Rohani Jamal menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai tahun yang sama akibat kanser ovari tahap tiga.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement