Skip to main content

Hiburan

Keith Foo Kongsi Riena Diana Menangis Tonton Suamiku Anak Mak - “Dia Geram Betul Dengan Saya, Hari-Hari Kena…”

Keith Foo Kongsi Riena Diana Menangis Tonton Suamiku Anak Mak - “Dia Geram Betul Dengan Saya, Hari-Hari Kena…”

Sekilas

  • Keith Foo berkongsi kekasihnya, Riena Diana, yang jarang menonton drama tempatan kini mengikuti drama Suamiku Anak Mak sejak episod pertama dan sering geram dengan wataknya.
  • Riena turut menangis ketika menonton babak watak Emma dibuli dalam episod kelapan, menunjukkan lakonan Keith berjaya menyentuh emosi penonton.
  • Keith mengakui drama ini lebih serius daripada jangkaannya dan cabaran wataknya adalah menyeimbangkan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan sebagai suami.
Advertisement

elakon Keith Foo mengakui kekasihnya, aktres Riena Diana turut geram dengan watak lakonannya menerusi drama Suamiku Anak Mak.

Keith berkata, Riena yang jarang menonton drama tempatan kini mengikuti drama tersebut sejak episod pertama.

“Riena jarang tengok drama tempatan kita, dia selalu tengok cerita Korea. Inilah kali pertama dia betul-betul ikuti dari episod satu sampai sekarang.

“Dia geram betul dengan saya. Hari-hari kena marah!” katanya sambil ketawa.

Menurut Keith, Riena turut menangis ketika menyaksikan babak watak lakonan Emma dibuli dalam episod kelapan.

“Ketika kami tengok bersama babak itu, itulah kali pertama dia menangis. Episod lapan yang watak Emma kena buli dan sebagainya, dia menangis tengok episod itu.

“Jadi saya rasa, kalau pasangan saya yang juga seorang pelakon boleh menangis, maksudnya menjadi juga lakonan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Keith mengakui tidak menyangka watak yang dibawakan mampu menimbulkan rasa geram dalam kalangan penonton.

Malah, dia pada awalnya menyangka drama tersebut bergenre komedi ringan berdasarkan tajuk serta sinopsis yang diterima.

“Sejujurnya, tak sangka langsung. Pada mulanya, ketika dapat sinopsis dan skrip, saya ingatkan komedi ringan. Tajuk pun dah Suamiku Anak Mak, jadi saya ingat macam komedi.

“Tetapi apabila mula penggambaran, rupanya ini perkara serius. Agak berat juga sebab saya kena bawa watak sebagai anak mak. Syurga kan di telapak kaki mak,” jelasnya.

Menurut Keith, cabaran watak tersebut terletak pada usaha menyeimbangkan tanggungjawab terhadap ibu dan isteri.

“Dia ada isteri, jadi macam mana hendak seimbangkan kedua-duanya? Akhirnya dia semakin ke arah perkara negatif sebab apa-apa pun dia hendak penuhi impian maknya.

“Dia pula seorang guru dan gajinya sebenarnya tidaklah begitu banyak. Begitulah semuanya bermula,” katanya.

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama, jam 10 malam, di saluran Astro Ria, dan boleh distrim melalui sooka.

Advertisement

Dalam drama ini, Haris (Keith Foo) berdepan dilema apabila perlu mengimbangi kasih sayang terhadap ibunya, Mak Leha, dengan tanggungjawabnya terhadap Zaraa.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement