Skip to main content

Hiburan

Keith Foo Pilih Simpan Status Agama, Akui Masih Dalam Proses Belajar - "Biar Itu Jadi Tanda Tanya..."

KEITH FOO
Advertisement

Pelakon, Keith Foo enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya telah memeluk agama Islam.

Menurut Keith, perkara berkaitan dengan agama adalah sangat peribadi dan dia lebih selesa untuk membiarkan perkara tersebut begitu tanpa sebarang pengumuman rasmi.

Advertisement

“Biar itu jadi tanda tanya. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku hujung tahun nanti. Buat masa sekarang, kami saling menyokong antara satu sama lain, terutamanya dari segi kerjaya.

“Sekarang pun sudah hampir Ramadan, jadi kami akan terus saling menyokong. Ramai orang suka beri komen negatif, jadi biarlah mereka beri komen dahulu. Nanti kita lihat reaksi mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis Jwanjih Kenyang di Banglo 289 pada Khamis.

Mengulas lanjut, Keith tidak menafikan bahawa dirinya sedang dalam proses mempelajari lebih banyak tentang Islam.

“Saya takkan umumkan apa-apa. Saya masih belajar. Ada perkara yang saya kurang faham. Riena akan bantu dan tunjuk ajar. Kita membesar dengan agama masing-masing, jadi memang ada banyak perkara yang saya tak tahu.

“Terima kasih kepada Riena sebab banyak membimbing. Dalam keluarga saya sendiri pun sudah ada tiga orang yang mualaf, jadi perkara ini bukan sesuatu yang asing,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai apa yang membuatnya tertarik dengan Islam, Keith berkata ketenangan yang dirasai menjadi antara faktor utama.

“Saya rasa ketenangannya. Apa sahaja yang berlaku, sama ada baik atau buruk, kita sebut Alhamdulillah. Kalau belum masanya, mungkin ada hikmah lain.Ia memberi ketenangan dan tidak memaksa. Akhirnya, ia tentang bagaimana kita melihat diri untuk menjadi lebih baik,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement