Skip to main content

Hiburan

“Kejung Dah Tangan Semua Ya…” - Aina Abdul

Astrogempak AINA

Sekilas

  • Aina Abdul dan pasukan produksi tidak merancang untuk buat muzik video dalam salji, tapi mereka berharap dapat salji semasa di Osaka, Jepun.
  • Salji turun semasa penggambaran, membolehkan mereka hasilkan visual yang diinginkan untuk lagu Sadis.
  • Peminat memuji usaha Aina dan pasukan yang sanggup berdepan cuaca sejuk demi menghasilkan muzik video yang cantik.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui dia dan pasukan produksi sebenarnya tidak merancang untuk menjalani penggambaran dalam suasana bersalji untuk muzik video lagu terbaharunya, Sadis di Osaka, Jepun.

Kata Aina,  mereka hanya meletakkan harapan sekiranya salji turun sepanjang berada di Osaka.


“Kejungggggg dah tangan semua yaaaa. KEJUNG. MV ni tak ada dalam plan asal dekat Osaka. Kitorang fikir, kalau dapat salji, let's go. Kalau tak ada, tak apa lah, kita buat content lain,” tulisnya.

Advertisement

Menurut Aina, dia bersyukur apabila impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan apabila salji turun, sekali gus membolehkan mereka menghasilkan visual yang diinginkan.

“Tapi Allah SWT bagi salji, Alhamdulillah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha Aina dan pasukan produksi yang sanggup meredah salji demi menghasilkan muzik video yang cantik. 

“DENGAN SELAMBERRRR BELIAUU HANYA BERBAJU PURPLEEE 😂💜💜💜 SALUTEEE!! BERAPA DEGREE EK MASATU ? HAHAHAHA FUHHH POWER POWER

“Mv , lagu , suara sangat lah 🔥. Thank you Aina

“Cantiiiik semuanya 💜💜💜💜

“Kosuke🔥korg,gigih tau Aina dan lain shoot time salji turun..sejuk beku sampai merekah bibir...jom layan MV Sadis

“Ya Allah I know how sejuk this feels. Sbb pernah shoot kat Japan time winter. Masa tu baru snowfall. Ni memang dah covered habis dah. Power doh korg 👏👏 lurve the wholr production team ❤️, “komen netizen. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement