Skip to main content

Hiburan

Kekal Dengan Pendirian, Cakra Khan Minta Maaf Isu Kematian Rocky - “Semua Boleh Diselesaikan Tanpa…”

Kekal Dengan Pendirian, Cakra Khan Minta Maaf Isu Kematian Rocky - “Semua Boleh Diselesaikan Tanpa…”

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, memohon maaf jika kenyataannya mengenai kematian anjing Rocky mengguris hati mana-mana pihak.
  • Beliau menegaskan permohonan maaf itu bukan bermaksud menarik balik pandangannya dan berharap isu boleh diselesaikan secara baik tanpa kejadian maut.
  • Kes kematian Rocky kini disiasat oleh polis di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat membunuh haiwan.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan tampil memohon maaf sekiranya kenyataannya berhubung kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky yang tular baru-baru ini mengguris hati mana-mana pihak.

Menurut Cakra, kenyataan yang dibuat sebelum ini bukan bertujuan menyebarkan kebencian atau menggiring pandangan orang ramai terhadap mana-mana individu.

Advertisement

“Saya dengan rendah hati memohon maaf sekiranya kenyataan saya disalah tafsir dan diterima berbeza daripada niat sebenar.

“Saya tidak berniat menyebarkan kebencian terhadap sesiapa atau mempengaruhi pandangan orang ramai,” katanya menerusi hantaran dalam Threads.

fvbg

Dalam masa sama, pelantun lagu Harus Terpisah itu menegaskan permohonan maaf tersebut tidak bermaksud dia menarik semula pandangannya berhubung insiden berkenaan.

Katanya, setiap permasalahan seharusnya boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa berakhir dengan kejadian yang membawa maut.

“Kepada mereka yang menjalankan tugas dan juga individu yang mendakwa sebagai pemilik anjing tersebut, saya tidak akan menarik pandangan saya.

“Semuanya boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada kefatalan,” ujarnya.

Terdahulu, kes kematian Rocky mendapat perhatian Cakra yang tampil meluahkan rasa simpati terhadap nasib haiwan berkenaan menerusi media sosial.

Isu kematian Rocky sebelum ini mendapat
perhatian pelbagai pihak yang meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan
kejam tersebut.

Menerusi laporan media, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan membunuh haiwan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement