Skip to main content

Hollywood

Kelly Clarkson Tak Pernah Terima Hadiah Kereta Yang Dimenangi Dalam American Idol

Astro Gempak kelly (1)

Sekilas

  • Penyanyi Kelly Clarkson mendedahkan dia tidak pernah menerima hadiah kereta seperti yang dijanjikan selepas memenangi musim pertama American Idol lebih 23 tahun lalu.
  • Clarkson menjelaskan wang kemenangan $1 juta yang diterimanya lebih kepada pelaburan untuk kerjaya artis rakaman, bukan kekayaan segera.
  • Dia juga terkejut apabila mengetahui pemenang tempat kedua musim kedua, Clay Aiken, menerima dua buah kereta, salah satunya diberikan kepada ibunya.
Advertisement

Penyanyi Kelly Clakson mendedahkan tidak pernah menerima hadiah sebuah kereta seperti yang dijanjikan American Idol selepas dia memenangi pertandingan program realiti itu.

Clarkson merupakan pemenang musim pertama American Idol yang telah berlangsung lebih 23 tahun lalu.

Advertisement

Pendedahan tersebut dibuat pada episod terkini The Kelly Clarkson Show selepas pemenang program The Traitors musim keempat, Rob Rausch memberitahu tidak menerima hadiah kemenangannya.

Rauch, 27, mendedahkan masih menunggu hadiah kemenangan sebanyak $220, 800 daripada program tersebut, lapor US Weekly.

“Saya boleh rasa perasaan anda. Anda mungkin belum lahir sewaktu saya menyertai American Idol. Saya menang dan orang selalu cakap saya dapat banyak wang hasil kemenangan.

“Sebenarnya tidak, saya tidak memang jutaan ringgit, ia sebenarnya lebih kepada pelaburan untuk menjadi artis rakaman,” kata Clarkson yang membawa pulang wang kemenangan $1 juta.

Penyanyi berusia 43 tahun itu kemudian memberitahu: “Saya juga sepatutnya mendapat sebuah kereta. Pada waktu itu sya sangat memerlukan kereta baharu kerana kerana tidak mampu membayar insurans.

“Apa yang pasti saya tidak pernah mendapat hadiah kereta itu!”

Lebih mengejutkan, Clarkson kemudian mendapat tahu pemenang tempat kedua dari musim kedua, Clay Aiken menerima bukan sebuah tapi dua buah kereta yang salah satunya diberikan kepada ibunya selepas terlibat dalam American Idol.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must Watch Video

Advertisement