Penyanyi, Sissy Imann akui menerima beberapa mesej peribadi (DM) daripada netizen yang bertanya sama ada dia selesa berbulan madu ke Harbin, China dengan ditemani ahli keluarga.
Bagaimanapun menurut Sissy, percutian tersebut bukanlah perjalanan bulan madunya bersama suami namun ia adalah bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya serta sambutan awal hari lahir ibunya.
“Sebenarnya saya ada dapat few DMs yang bertanya saya okay ke honeymoon family semua ikut, dah kahwin pun family ikut ke?
“Kalau korang nak tahu sebenarnya trip ni anniversary yanda bonda dan advance birthday celebration bonda tau, jadi sebenarnya kitaorang yang nyebok ikut diorang,” kata Sissy.
Tambah Sissy lagi, pada awalnya dia dan suami, Dr Zamir Hilman Hamzah tidak merancang untuk menyertai percutian tersebut memandangkan mereka mempunyai perancangan bulan madu ke destinasi pilihan mereka pada minggu berikutnya.
Namun, dia akui sifatnya yang ‘clingy’ membuatkan dia berubah fikiran.
“Mula-mula saya dengan Zamir tak ikut sebab kitaorang akan travel juga the week after Harbin for our honeymoon. Tapi saya clingy, saya cakap dekat bonda saya tak ikut ke. Lepas tu bonda suruh tanya suami. Lepas bagi tahu Zamir, dia pun macam okay.
“Rezeki kami yanda bonda belanja tiket flight ke Harbin, kami pun bersilat arrange jadual supaya boleh ikut,” tambahnya.

Sekadar info, Sissy Imann selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah pada 12 Disember 2025.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara sederhana itu diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.