Skip to main content

Selebriti

Keluarga Rayu Bantuan, Pempengaruh Thailand Dengan 2.5 Juta Pengikut Hilang di Georgia

Pempengaruh hilang

Sekilas

  • YouTuber popular Thailand, Hlun Solo, dilaporkan hilang ketika menjelajah solo di Georgia, Amerika Syarikat sejak dua minggu lalu.
  • Keluarga dan pengikutnya menyeru orang ramai yang berada di Georgia atau mempunyai maklumat untuk membantu mengesan keberadaannya.
  • Solo terkenal dengan konten pengembaraan dunia dan mendapat bantuan dari Jabatan Hal Ehwal Konsular, Kementerian Luar Thailand dalam usaha pencarian.
Advertisement

Keluarga kepada YouTuber popular Thailand, Hlun Solo, merayu bantuan orang ramai selepas pempengaruh berusia 26 tahun itu dilaporkan hilang ketika menjelajah secara solo di Georgia, Amerika Syarikat.

Solo yang memiliki  pengaruh besar di media sosial dengan lebih 2.5 juta pengikut di Facebook serta 914,000 pelanggan di YouTube didakwa hilang selepas terputus hubungan dengan keluarga sekitar dua minggu lalu, lapor The Bangkok Post.

Advertisement

Pempengaruh tersebut berada di Georgia dalam siri jelajah solo dan konten pengembaraan keliling dunia yang dihasilkan untuk platform media sosialnya.

Kehilangan Solo dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Klose Mos, yang mendakwa merupakan abang kepada Solo.

Menurut perkongsian tersebut, Hlun Solo dipercayai berada di kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong dan pendaki seperti Svaneti, Kazbegi atau Mestia sebelum dilaporkan hilang.

Keluarganya memaklumkan Solo ‘terbang’ ke Georgia seorang diri bagi menghasilkan kandungan perjalanan.

Kali terakhir mereka berhubung dengannya adalah pada 13 Julai, namun sejak itu segala usaha untuk menghubunginya menerusi telefon dan platform dalam talian gagal, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya.

Sehubungan itu, keluarganya menyeru sesiapa yang berada di Georgia atau mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi Hlun Solo supaya tampil membantu.

Mereka menegaskan walaupun maklumat yang diterima kelihatan kecil, ia mungkin menjadi petunjuk penting dalam usaha mengesan keberadaannya. 

Keluarga turut meminta orang ramai berkongsi hantaran tersebut secara meluas, khususnya dalam kalangan rakyat Thailand yang menetap atau sedang melancong di Georgia, bagi meningkatkan peluang memperoleh maklumat baharu.

Mereka turut turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Konsular, Kementerian Luar Thailand bagi membantu usaha pencarian.

Dalam kalangan pengikutnya, Solo terkenal dengan konten pengembaraan mengelilingi dunia meski memiliki latar belakang akademik yang cemerlang.

Dibesarkan oleh neneknya di Kalasin selepas bapanya meninggal dunia, Solo diketahui menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Universiti Chulalongkorn di Bangkok dan memperoleh ijazah dalam bidang Sains Politik.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Must Watch Video

Advertisement