Skip to main content

Hollywood

Keluarga Tuntut Harta Bernilai RM16 Juta Dari Wanita Yang Kahwini Chadwick Boseman 6 Hari Sebelum Meninggal Dunia

Keluarga Tuntut Harta Bernilai RM16 Juta Dari Wanita Yang Kahwini Chadwick Boseman 6 Hari Sebelum Meninggal Dunia

Sekilas

  • Dua abang Chadwick Boseman memfailkan petisyen di Mahkamah Los Angeles untuk menuntut pengagihan harta pusaka mendiang yang bernilai sekitar RM16.2 juta selepas tiada wasiat ditinggalkan.
  • Mereka mendakwa balu Chadwick, Taylor Simone Ledward, gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir harta pusaka dan mengawal aset tanpa ketelusan, termasuk syarikat yang menguruskan imej dan legasi mendiang.
  • Petisyen itu juga menyatakan pertikaian ini memberi tekanan emosi kepada keluarga serta menimbulkan kerugian kewangan kepada ibu bapa Chadwick yang kini dalam usia emas.
Advertisement

Bukan lima hari, lima minggu atau lima bulan tetapi lebih lima tahun selepas kematian Chadwick Boseman, harta pusaka atau aset yang ditinggalkan bintang itu kini menjadi rebutan.

Dua abang Chadwick, Derrick Boseman dan Kevin Boseman dilaporkan memfailkan petisyen di Mahkamah Los Angeles bagi mendesak balunya, Taylor Simone Ledward, mengagihkan harta pusaka kepada ahli keluarga seperti yang diputuskan mahkamah.

Advertisement

Malah, mereka turut memohon supaya Ledward disingkirkan daripada jawatan sebagai pentadbir harta pusaka kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, lapor BBC.

Laporan sama mendakwa bintang Black Panther itu meninggalkan harta pusaka sekitar RM16.2 juta selepas
meninggal dunia pada Ogos 2020 pada usia 43 tahun tanpa meninggalkan wasiat.

"Harapan kami agar proses ini dapat memberi kejelasan, menghormati keputusan mahkamah dan memastikan legasi Chadwick terus dipelihara secara bertanggungjawab.

"Kami menyayangi adik kami dan akan terus berusaha memastikan legasinya dipelihara dengan penuh maruah, integriti dan penghormatan,” ujar abang aktor tersebut.

Mahkamah sebelum ini memutuskan sebanyak 50 peratus daripada harta pusaka diberikan kepada balunya, manakala baki 50 peratus lagi dibahagikan sama rata kepada ibu bapanya, Leroy dan Carolyn Boseman.
Bagaimanapun, keluarga mendakwa sehingga kini pengagihan tersebut masih belum dilakukan.

Dalam petisyen yang difailkan bagi pihak ibu bapa mereka, Derrick dan Kevin mendakwa balu pelakon itu masih mengawal sepenuhnya urusan harta pusaka tanpa ketelusan.

Mereka turut mendakwa Ledward gagal memberikan maklumat jelas mengenai aset Chadwick, termasuk operasi sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menguruskan imej, hak komersial dan legasi mendiang.

Menurut mereka, ibu bapa Chadwick seolah-olah diketepikan daripada sebarang keputusan penting berkaitan syarikat tersebut.

Keluarga juga mendakwa tindakan wanita itu telah menyebabkan ibu bapa mereka mengalami kerugian kewangan, lebih-lebih lagi pada usia emas ketika sokongan kewangan amat diperlukan.

Dalam dokumen mahkamah, turut dinyatakan pertikaian berpanjangan ini bukan sahaja menangguhkan penyelesaian harta pusaka, malah memberi tekanan emosi kepada seluruh keluarga.

"Bayangkan sedang menonton televisyen dan tiba-tiba melihat filem lakonan anak atau abang yang telah meninggal dunia, sedangkan seseorang yang anda tidak kenal atau tidak percayai memperoleh keuntungan daripada imejnya tanpa pengetahuan atau persetujuan keluarga," menurut petisyen itu.

Untuk rekod, Taylor Simone Ledward, yang juga merupakan penyanyi R&B menggunakan nama pentas Sahn, mula menjalinkan hubungan cinta dengan Chadwick pada tahun 2015.

Pasangan itu dilaporkan bernikah hanya enam hari sebelum Chadwick meninggal dunia akibat kanser usus pada Ogos 2020.

Sehingga kini, peguam yang mewakili  wanita itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement