Sekilas
- Abby Abadi menyokong keputusan anaknya, Marissa Dania, untuk bercerai dan mendoakan masalah rumah tangganya selesai dengan cepat.
- Abby menasihati Marissa supaya memperbaiki kekurangan dan bersabar melalui hari-hari sukar demi masa depan yang lebih baik.
- Marissa mengesahkan proses cerai sedang berjalan dan meminta orang ramai berhenti membuat andaian tanpa fakta lengkap.
Susulan kenyataan yang dikeluarkan pempengaruh Marissa Dania mengenai keputusan untuk bercerai, penyanyi dan juga ibunya, Abby Abadi tampil menyokong tindakannya anaknya itu.
Mendoakan agar masalah rumah tangga anaknya dapat diselesaikan dengan cepat, Abby juga berharap Marissa dapat keluar dari kemelut yang dianggap seperti mimpi ngeri.
“Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat! Keluarlah cepat dari mimpi ngeri. Tolonglah amin kan ya,” katanya.
Pada masa sama, Abby turut menitipkan pesanan buat Marissa agar memperbaiki kekurangan dan melalui hari kelam untuk mendapatkan yang lebih indah.
“Perbaiki apa yang kurang ya dik… kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah lepas ini,” ujarnya.
Terdahulu, Marissa mendedahkan prosiding itu ditangguh disebabkan dia masih belum memberi sebarang keterangan bagi kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
Dalam pada masa yang sama, Marissa turut mengakui dia dan suaminya iaitu Ahmad Aslam kini dalam proses cerai dan berharap semua pihak berhenti membuat kesimpulan dan andaian.