Skip to main content

Selebriti

Kemelut Rumah Tangga Berakhir, Syida Melvin & Syafiq Azim Sah Cerai Talak Satu

Kemelut Rumah Tangga Berakhir, Syida Melvin & Syafiq Azim Sah Cerai Talak Satu

Sekilas

  • Syida Melvin dan Mohamad Syafiq Azim Shaheen disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.
  • Syida akan memfailkan kes berkaitan hadanah dan nafkah anak selepas selesai proses perceraian.
  • Mereka berkahwin sejak 2019 dan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Advertisement

Kemelut rumah tangga pelakon dan usahawan, Syida Melvin bersama Mohamad Syafiq Azim Shaheen berakhir apabila mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada Rabu.

Menurut peguam syarie yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah, pihak defendan telah melafazkan cerai di hadapan Hakim pada jam 9.25 pagi.

Advertisement

“Segalanya sudah selesai dengan lafaz talak satu, talak raj’ie,” kongsinya Jamaliah.

Dalam masa yang sama, Jamaliah memaklumkan bahawa Syifa selaku defendan akan memfailkan beberapa kes usai kes perceraiannya bersama Syafiq.

“Kita akan failkan berkaitan dengan kes hadanah serta nafkah anak selepas selesai kes ini dan perlu tunggu terlebih dahulu dokumen yang akan dikeluarkan pihak mahkamah,” kongsinya lagi.

Advertisement

Sementara itu, Syida meluahkan rasa syukur kerana prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada hari ini berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah prosiding hari ini selesai dengam cepat seperti yang dijangkakan,” luahnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen mula mendapat perhatian selepas dia dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Disember tahun lalu.

Permohonan berkenaan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor dan perkara itu turut disahkan oleh peguam yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada tokoh perniagaan yang dikenali sebagai Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement