Skip to main content

Hiburan

Kemelut Shuib Dan Jep, Saiful Apek Titip Nasihat - “Ukhuwah Ibarat Tasbih…”

Kemelut Shuib Dan Jep, Saiful Apek Titip Nasihat - “Ukhuwah Ibarat Tasbih…”

Sekilas

  • Saiful Apek menasihati Shuib dan Jep dari kumpulan Sepahtu supaya memohon maaf, memaafkan, dan menjaga keikhlasan dalam persahabatan mereka.
  • Saiful mengibaratkan ukhuwah seperti tasbih yang ada permulaan tetapi tidak seharusnya berakhir, menekankan keberanian, kekuatan, kebahagiaan, dan ketenangan dalam hubungan.
  • Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang masih membangkitkan isu lama dalam podcast dan menegaskan tiada perjanjian pembayaran rasmi dibuat untuk kumpulan mereka.
Advertisement

Pelawak dan pelakon Saiful Apek menitipkan nasihat buat pelawak, Shuib dan Jep yang kini dilanda kemelut persahabatan.

Menerusi Threads, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkongsi pesanan mengenai kepentingan memohon maaf, memaafkan dan keikhlasan dalam menjaga hubungan persaudaraan.

Perkongsian tersebut dibuat selepas seorang individu yang mengakui mengikuti perjalanan kumpulan Sepah sejak program Raja Lawak musim ketiga pada 2009 meminta Saiful memberikan kata-kata semangat buat kedua-dua pelawak berkenaan.

“Abang Saiful Apek, bagi kata-kata semangat sikit untuk mereka agar dapat memperkukuh ikatan ukhuwah (persaudaraan dan kasih sayang).

“Saya peminat Sepah dari zaman Raja Lawak 3 lagi, dari tahun 2009,” tulis individu tersebut.

erf

Menjawab permintaan itu, Saiful mengibaratkan hubungan persaudaraan seperti tasbih yang mempunyai permulaan tetapi tidak seharusnya berakhir.

“Ukhuwah ibarat tasbih. Ada permulaan, takkan ada pengakhiran.

“Meminta maaf itu keberanian. Memaafkan itu kekuatan. Melupakan itu kebahagiaan.

“Mengikhlaskan itu ketenangan,” tulisnya.
 

Advertisement
rfgf


Terdahulu, Jep tampil menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang didakwa masih membangkitkan isu persahabatan mereka menerusi podcast.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mengakui sudah memohon maaf atas perkara yang berlaku sebelum ini, namun meluahkan rasa muak apabila isu berkenaan terus diperkatakan secara terbuka.

Dalam kenyataan sama, Jep turut menyentuh sebuah podcast yang didakwa membincangkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka.

Menurut Jep, berdasarkan pemahamannya, tiada perjanjian pembayaran dibuat untuk kumpulan kerana urusan terdahulu dilakukan secara individu.

Dia turut meminta sebarang isu berkaitan pembayaran dijelaskan secara terus tanpa berkias.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement