Skip to main content

Selebriti

“Kena Tumbuk Pun Kena Tumbuk Lah” - Aedy Ashraf Sanggup ‘Sparing’ Demi Dapatkan Zul Ariffin Berlakon TARUNG: Unforgiven

Aedy Ashraf Zul Ariffin

Sekilas

  • Aedy Ashraf akhirnya berjaya merealisasikan impiannya menyatukan Zul Ariffin dan Bront Palarae dalam filem aksi terbitannya, TARUNG: Unforgiven.
  • Aedy sanggup turun ke sesi latihan Zul dan melakukan sparing ringan demi mendapatkan persetujuan Zul untuk menyertai projek tersebut.
  • Filem TARUNG: Unforgiven yang diarahkan Razaisyam Rashid kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara sejak 7 Mei 2026.

Pelakon, Aedy Ashraf akui berasa teruja dan tidak menyangka bahawa impiannya untuk menyatukan dua aktor hebat tanah air iaitu Zul Ariffin dan Bront Palarae di layar perak akhirnya menjadi kenyataan menerusi filem terbitannya yang berjudul, TARUNG: Unforgiven.

Menurut Aedy, dia dan pengarah filem tersebut iaitu Razaisyam Rashid sememangnya sudah mempunyai strategi tersendiri bagi memastikan kedua-dua pelakon berpengaruh itu bersetuju untuk terlibat dalam naskhah berkenaan.

“Saya sentiasa mengimpikan untuk melihat dua nama besar ini bergabung dan berlakon dalam satu filem. Itu adalah impian saya dan saya tak tahu mungkin ramai lagi yang mahukan benda itu terjadi.

“Akhirnya kali ini, hasrat saya tercapai melalui filem TARUNG: Unforgiven.

“Nak dapatkan Zul adalah tugas saya manakala untuk Bront pula tugas pengarah. Pada ketika itu, pengarah ada beritahu yang Zul sedang giat berlatih ‘sparing’ untuk filem The Furious.

“Jadi pengarah kata buat lah apa yang saya mampu untuk dapatkan Zul walaupun saya terpaksa berlawan dengannya,” ujarnya.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem TARUNG: Unforgiven yang berlangsung baru-baru ini.

Berkongsi lebih lanjut, Aedy turut mendedahkan usahanya mendekati Zul Ariffin bukanlah sesuatu yang mudah sehingga dia sanggup turun sendiri ke sesi latihan pelakon tersebut demi merealisasikan impiannya.

Tambah Aedy, dia dan Zul sempat melakukan sesi ‘sparing’ ringan sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri sebelum pelakon itu akhirnya bersetuju menyertai projek berkenaan.

“Saya betul-betul pergi ‘sparing’ semasa berada di tempat latihan Zul. Bayangkan, ketika itu dia sedang menjalani sesi latihan dan pada mulanya saya hanya melihat Zul dari jauh.

“Bagaimanapun misi saya satu sahaja, saya mahu Zul berlakon dalam filem saya. Saya kena tumbuk pun kena tumbuk lah.

“Lalu saya pergi mendekatinya dan kami berbual. Kita ada buat sedikit ‘sparing’ tetapi secara ringan sahajalah.

“Sampai ke tahap itu saya sanggup buat untuk dapatkan Zul Ariffin dalam TARUNG: Unforgiven ini,” jelasnya.

Filem aksi TARUNG: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

TARUNG: Unforgiven sudah pun ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Advertisement