Skip to main content

Hiburan

Kenali Agensi Rahsia Papa Zola, Bas Mini Epik Jadi Markas Bergerak!

Papa Zola The Movie

Ringkasan AI

  • Filem animasi tempatan, Papa Zola The Movie, akan ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember ini.
  • Nama Papa Zola berasal dari agensi rahsia Protect And Prevent Agency (P.A.P.A) yang melindungi bumi daripada ancaman makhluk asing.
  • Bas mini ikonik era 80-an dan 90-an dijadikan markas bergerak agensi P.A.P.A dalam filem ini.
  • Watak Papa Zola mula dikenali melalui siri animasi BoboiBoy dan kini tampil sebagai watak utama dewasa dalam filem ini.
  • Filem ini mengisahkan pengembaraan Papa Zola bersama anak perempuannya, Pipi, yang penuh cabaran dan kasih sayang.

Filem animasi tempatan, Papa Zola The Movie bakal menemui peminat di pawagam berdekatan bermula 11 Disember ini.

Meskipun trailer bagi filem ini baru sahaja dilancarkan, namun ramai peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton filem animasi yang dilabel bertaraf antarabangsa ini.

Asal-usul nama Papa Zola:

Pasti ramai yang tertanya-tanya dari mana datangnya nama karakter Papa Zola yang buat julung kalinya menjadi teraju utama.

Nama Papa Zola diambil bersempena agensi rahsia Protect And Prevent Agency (P.A.P.A) yang ditubuhkan bagi melindungi bumi daripada ancaman makhluk asing.

Setiap ahli dalam agensi ini bukanlah superhero namun mereka merupakan wira biasa yang menggunakan teknologi prototaip canggih bagi mempertahankan dunia.

Setiap ahli agensi ini juga menggunakan nama ‘PAPA’ di hadapan nama mereka dan sebab itulah Zola dikenali sebagai Papa Zola. Apa yang menarik ialah, di zaman mudanya, Zola dikenali sebagai ‘Operatif Papa Zola’ atau Oppapa Zola.

Bas Mini sebagai markas bergerak:

Lebih menarik, filem terbitan MONSTA dan Astro Shaw ini mengembalikan semula nostalgia bas mini yang sangat popular dan ikonik di era 80-an hingga 90-an.

Bas mini dihidupkan semula sebagai markah bergerak kepada agensi P.A.P.A! Ia bukan sahaja digunakan sekadar hiasa tetapi telah dijadikan sebagai satu simbol semangat buat Papa Zola untuk sentiasa bergerak bagi membantu orang ramai dan mempertahankan Kebenaran!

Permulaan kepada karakter Papa Zola:

Papa Zola mula dikenali melalui siri animasi ‘BoboiBoy’ di mana watak utama BoboiBoy dan rakannya iaitu Gopal menjadikannya sebagai idola mereka.

Watak yang dikenali dengan sloga kata ‘Kebenaran’ ini akhirnya melangkah keluar dari dunia simulasi permainan video sewaktu diselamatkan BoboiBoy dan Gopal.

Kini, Papa Zola tampil sebagai watak utama pertama dewasa bagi filem animasi terbitan MONSTA. Malam, sebagai tribute, pengarah turut membawa masuk watak BoboiBoy dan Gopal sebagai watak sampingan dalam filem ini.

Sinopsis:

Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang guru sekolah dan anak perempuannya yang berbakat, Pipi dalam menjalani pengembaraan kecil yang semakin meningkat dan mencabar.

Eksperimen mereka mempamerkan hubungan kasih sayang mereka dan kecerdasan Pipi, sambil mereka mengharungi situasi aneh bersama-sama.

Jangan lupa untuk saksikan tayangan penuh filem ‘Papa Zola The Movie’ pada 11 Disember ini di pawagam berhampiran anda.

Must-Watch Video

Advertisement