Skip to main content

Hiburan

Kenang Tradisi Bersama Arwah Bapa, Izat Ibrahim Adakan Bacaan Yasin Sempena Menjelang Konsert The First Wave

Kenang Tradisi Bersama Arwah Bapa, Izat Ibrahim Adakan Bacaan Yasin Sempena Menjelang Konsert The First Wave

Sekilas

  • Izat Ibrahim mengenang tradisi arwah bapanya yang selalu menganjurkan bacaan Yasin setiap malam Khamis semasa kecilnya.
  • Sempena persiapan konsert The First Wave, Izat meneruskan tradisi tersebut dengan mengadakan pertemuan sederhana bersama rakan dan keluarga RFE.
  • Majlis itu menjadi ruang untuk Izat mengenang arwah bapanya dan menghargai kenangan yang dikongsi bersama.
Advertisement

Penyanyi, Izat Ibrahim mengimbau kenangan bersama arwah bapanya yang sering menganjurkan bacaan Yasin setipa malam Khamis ketika dia masih kecil.

Menurut ahli kumpulan ALPHA itu, arwah bapanya sering membawanya ke rumah rakan-rakan untuk menyertai bacaan Yasin dan kenangan tersebut kekal terpahat dalam ingatannya sehingga kini.

Advertisement

Sempena dengan persiapan menjelang konsert The First Wave, Izat mengambil inisiatif untuk meneruskan tradisi berkenaan dalam caranya tersendiri.

“Ketika saya masih kecil, arwah Abah selalu membawa saya ke rumah kawan-kawannya setiap malam Khamis untuk bacaan Yasin.

“Malam-malam seperti itu kekal dalam ingatan saya. Jadi, apabila saya berpindah ke rumah baharu dan sedang membuat persiapan untuk konsert yang akan datang, saya teringin untuk meneruskan tradisi itu dengan cara saya sendiri.

“Saya mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan sederhana bersama rakan-rakan saya dan keluarga RFE,” katanya.

Bagi Izat, pertemuan tersebut bukan sekadar sebuah majlis bersama insan terdekat, sebaliknya menjadi ruang untuk dia kembali mengenang sosok arwah bapanya.

“Sepanjang malam itu, arwah Abah sentiasa bersama saya, dalam hati, fikiran dan kenangan yang kami kongsikan bersama.

“Terima kasih kepada semua yang menjayakan malam tersebut dan menjadikannya begitu bermakna serta penuh kenangan,” ujarnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement