Skip to main content

Hiburan

Kenapa Kena Tengok Munafik: Melawan Iblis? Ini Jawapan Penonton Indonesia!

Kenapa Kena Tengok Munafik: Melawan Iblis? Ini Jawapan Penonton Indonesia!

Sekilas

  • Filem Munafik: Melawan Iblis mendapat sambutan hangat di Indonesia dengan pujian terhadap jalan cerita, sinematografi, dan plot twist yang tidak dijangka.
  • Penonton Malaysia juga teruja menantikan tayangan filem ini yang dijadualkan masuk pawagam pada 1 Oktober, terutama selepas mengikuti versi Malaysia pada 2016.
  • Filem ini mengisahkan perjuangan Ustaz Adam melawan iblis dan menampilkan pelakon seperti Acha Septriasa dan Dimas Aditya, dengan Astro Shaw sebagai rakan pemasaran di Malaysia.
Advertisement

Filem Munafik: Melawan Iblis berjaya mencuri perhatian penonton di Indonesia apabila rata-rata memberikan reaksi positif selepas menyaksikan filem bergenre seram tersebut.

 

Advertisement

Bukan sekadar menawarkan elemen seram, penonton turut memuji jalan cerita yang dikatakan penuh kejutan, sinematografi menarik serta plot twist yang sukar dijangka.

 

Malah, ada yang mengakui masih terbayang-bayang dengan pengalaman menonton filem berkenaan sehingga terdetik untuk kembali ke pawagam dan menyaksikannya buat kali kedua.

 

“Karena ini bukan film horor biasa saja, kita bisa nikmati sinematografi yang keren dari pantai, dan plot twist yang nggak disangka banget.

 

“Gak nonton di bioskop rugi.

 

“Aku udah nonton kemarin dan rasanya masih pengen nonton lagi. Segak cukup itu cuma sekali nonton.

 

“Karena ini film horor beda dari yang lain, film tentang menerima takdir, keikhlasan, dan tidak mudah tapi harus bisa lewati semuanya. Filmnya wajib harus nonton.

 

“Karena genre-nya horor tapi endingnya sad dan pasti kamu bakal nangis. Kita nggak tahu setannya dari mana, kenapa setannya mau balas dendam. Mana setannya berasa ikutan di dalam bioskop pas lari-lari di atap.

 

“Nggak ketebak dari awal.

 

“Keren sih menurut aku. Horor, plot twist, pesannya sampai ke penonton, sedihnya ngajak air mata menetes deras banget. Pelajaran yang bisa kita ambil itu harus belajar lebih sabar dan ikhlas menerima takdir dari Allah SWT,” penonton Indonesia.

 

Dalam pada itu, ada juga penonton dari Malaysia yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan Munafik: Melawan Iblis, khususnya selepas pernah mengikuti filem Munafik versi Malaysia yang diterbitkan pada 2016.

 

Mereka mengakui cukup teruja untuk melihat versi Indonesia tersebut dan berharap ia mampu menawarkan pengalaman seram yang berbeza.

 

“Hype betul Munafik Melawan Iblis kat Indonesia. Dulu 2016 dah tengok version Malaysia kat wayang, jadi nak tengok pulak yang version Indo ni.

 

“Katanya lagi seram. Selalunya cerita hantu dari Indo ni lagi padu. Marilah bestie kita tengok bila masuk Malaysia nanti,” kata seorang pengguna media sosial.


Munafik : Melawan Iblis dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.

Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.

Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.

Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement